Panduan Cara Membela Arnab

arnab putih
arnab yang sehat

Disini terdapat beberapa persoalan yang dijawab tentang penternakan arnab bagi seorang pemula dan kepada yang ingin menambahkan ilmu pengetahuan.

 Soalan : Apakah jenis baka arnab yang terdapat di Malaysia / apa yang perlu di lakukan sebelum menternak atauun membela arnab/ bagaimana memilih arnab ?

a) Anda mestilah memilih arnab yang dikatogerikan sebagai baka pedaging 

(target kepada pemakan daging arnab dan juga peniaga seperti penjual ayam bakar dan juga arnab bakar/panggang/grill.

Anda boleh menjadi suplier kepada hotel ternama. Permintaan sangat tinggi kepada daging arnab. 

Perniagaan arnab sejuk beku juga boleh dilakukan.

Baka ini terdiri daripada baka chincilla, whitenewzealand,dutch,felmish giant dan lain-lain lagi.

ATAU

b) Anda mestilah mencari baka arnab hiasan (target jualan kepada pecinta arnab yang kebanyakan terdiri dari kalangan kanak-kanak/wanita dan juga sebahagian lelaki yang merupakan peminat arnab hiasan.

Arnab ini mempunyai harga yang lebih mahal jika dibandingan dari arnab baka pedaging.

Diternak sebagai baka kedua selepas baka daging kerana bukan untuk dimakan tetapi kepada pecinta haiwan eksotik atau hiasan.

Baka ini lebih menyerlah terhadap bulunya dan bentuk badannya.

Memiliki badan yang lebih kecil dan comel daripada baka pedaging.

Juga di ternak kerana harga jualannya lebih lumayan tetapi dalam kuantiti yang sedikit.

•       Baka ini terdiri daripada baka dwaft hotot, lop holand, english spot, polish, red carpet dan lain-lain lagi.


Soalan : Adakah menguntungkan jika membela arnab ?

Iya sangat menguntungkan jika ada ilmu,minat dan rajin mengurusnya.

Ramai yang berfikir persoalan tentang “ ada ke orang nak beli arnab aku ni ” atau “siapa yang nak makan arnab ni”, sebenarnya pemikiran ini sudah lapuk dan merupakan pemikiran orang yang suka mengalah sebelum melakukan sesuatu perkara. 

Jika kamu minat kenapa kamu tidak mencuba. Bukanlah kita hendak memulakan membela arnab dengan permulaan bela sebanyak 100 atau 500 ekor. Cubalah dengan seekor jantan dengan 3 ekor betina bagi pemulaan membela.

Jangan mencipta alasan sebelum melakukan sesuatu perkara.

Disamping menjadi hobi kini membela arnab juga boleh pendapatan lumayan.


Soalan : Adakah arnab mendapat permintaan di dalam Malaysia ?

Iya permintaan yang sangat-sangat tinggi.

Ramai orang takut untuk menceburi bidang untuk membela arnab kerana dikuatiri tidak ada pembeli. 

Diluar sana ramai orang yang belum mencuba tetapi tidak kesampaian kerana arnab tidak ada di sekitar kawasan mereka.

Kini orang ramai sudah tidak janggal jika disebut arnab panggang, anda sendiri sudah terbayang bagai mana rasa arnab panggang bukan, dimana anda mahu mendapatkannya, susah bukan ,ini menunjukkan ada permintaan disitu.

Dimata kita akan merasa kesian terhadap arnab jika dilihat hidup kerana kecomelannya , bagaimana arnab itu jika berada di dalam peti ais/ dalam periuk atau siap dipanggang , bincangkan ?


Soalan : apakah makanan utama arnab (arnab pedaging) ?

Ini saya bercakap tentang bagi yang membela arnab pedaging (bukan hiasan) :

Sememangnya makanan arnab sebenarnya ialah rumput kering dari jenis alfalfa atau timothy.

Napier hijau boleh diberikan apabila sudah dijemur sehingga layu bagi mengurangkan kadar air di dalam daun. Tetapi tidak sampai mengenyangkan..sulam makanan dengan pelet.

Pemberian pelet untuk lebih selamat

Jangan memberi rumput liar yang tidak menentu kerana dikhuatiri arnab menjadi cirit-birit atau kembung jika makan dalam kandungan yang banyak

Anda juga memberi mereka salah satu makanan iaitu pelet arnab atau bijirin yang disediakan

Pastikan bekalan minuman air sentiasa tersedia kerana bagi mengelakkan arnab hidrasi/kekurangan air di dalam badan. Pada umumnya arnab tidak tahan pada cuaca panas melampau dan sangat memerlukan air jika diternak di dalam Malaysia. 

Pastikan penempatan/kandang tidak tertutup dalam lingkungan haba iaitu kandang mempunyai sistem pengaliran udara yang baik.

Itu sebabnya sesetengah penternak menjirus atap kandang bila cuaca telampau panas.

Tip tambahan, bina kandang di bawah pokok atau di sebalik rimbunan pokok agar suhu di sekitar kandang lebih sejuk.

info tambahan : untuk mengetahui Cara Membela Arnab dari A Sampai Z (VERSI EBOOK ) 

Info Moden

laman ini membahaskankan tentang keperluan maklumat semasa yang melibatkan dengan kehidupan kita seharian

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama