Jenis-Jenis Baka Arnab Hiasan Popular Di Dunia Bahagian 2

Jenis-Jenis Baka Arnab Hiasan Popular Di Dunia Bahagian 2

 Arnab Baka  SHORTHAIR DWARF

arnab shorthair

•  Baka ini berasal dari Belanda.

•  Baka ini terjadi hasil kacukan arnab liar dengan pelbagai jenis baka Poland.

•  Arnab ini mempunyai variasi warna yang pelbagai. Terdiri lebih dari 15 warna bagi baka ini.

•  Baka ini juga mempunyai ciri-ciri warna hitam di keliling matanya.

•  Boleh mencapai berat sekitar 0.9kg sehingga 1.3 kg.

•  Panjang badannya sehingga 65 ke 71 sentimeter.

•  Mempunyai tubuh yang kecil dan kuat.

•  Memiliki anggota tangan serta kaki yang pendek, dan juga leher pendek.

•  Panjang telinga boleh mencapai kurang dari 6 sentimeter.

•  Baka ini bersifat manja dan mudah mesra dengan tuannya. Dididik dengan selalu berkomunikasi dengannya atau pun selalu membelainya.

•  Umur hayatnya boleh mencapai sehingga 8 hingga 10 tahun.

•  Harga bagi seekor anak : RM150 sehingga RM300.

•  Harga bagi induk pula : RM400 sehingga RM 890.


Arnab Baka HERMELIN

arnab hermelin

•  Baka ini berasal dari Eropah barat.

•  Memiliki satu jenis variasi asli iaitu warna putih serta mempunyai sepasang mata berwarna merah/ biru.

•  Berat badannya boleh mencecah sehingga 0.7 kilogram ke 1.56 kilogram.

•  Mempunyai bentuk badan yang padat dan kepalanya bulat serta pendek.

•  Di bahagian hadapan mulut sedikit lebar,leher yang pendek, telinga tegak ke atas, dan bertuk bulat.

•  Baka ini mempunyai panjang bermula dari 4.4 sentimeter hingga 7.1 sentimeter.

•  Baka ini juga dinamakan  Eermine Poland

•  Bersifat dengan ramah,mudah mesra, senang bergaul, tidak takut kepada manusia, dan sangat aktif ketika bermain, baka ini seolah-olah ingin tahu atau suka mencuba mainan baru/kandang baru. Ini berlaku kebanyakan bagi baka betina, manakala bagi baka jantan mereka lebih malas dan tenang sahaja. Bagi yang mahu mendalami baka ini boleh lah cuba membelanya.

•  Jangka umur boleh hidup sehingga 10 hingga 11 tahun.

•  Harga bagi seekor anak : RM 120 keatas.

•  Harga bagi seekor induk : RM500 ke atas.


Arnab Baka MINI LOP

arnab mini lop

•  Merupakan baka hiasan yang sangat diminati ramai kerana ukuran badan yang kecil/telinga pendek jatuh ke bawah serta bulu yng lembut.

•  Baka ini perlu disikat setiap mingguan agar bulu kelihatan kemas dan terurus.

•  Penjagaan sangkar hendaklah sentiasa bersih.

•  Baka ini mempunyai pelbagai variasi warna seperti kelabu,putih,merah,perang dan lain-lain lagi.

•  Hindari dari serangga dan binatang kecil bagi mengelakkan stress bagi baka ini.

•  Mereka bersifat lembut manja dan mudah atau cepat dijinakkan.

•  Harga bagi seekor anak : RM100 sehingga RM200 keatas.

•  Harga bagi seekor induk : RM 290 sehingga RM500.


Arnab Baka REX

arnab rex

•  Baka ini terkenal dengan bulunya yang lebat, yang menyerupai bulu lembut arnab-arnab yang                lain.

•  Bersikap manja,suka bermain,aktif dan sangat mudah menyesuaikan dengan manusia.

•  Harga bagi seekor anak : RM 90 sehingga RM 190.

•  Harga bagi seekor induk : RM200 sehingga ke atas.


Arnab Baka BELANDA DWARF

arnab belanda

•  Baka ini berasal dari negara Belanda dan antara baka yang tertua didunia.

•  Merupakan salah satu yang paling popular di dunia.

•  Berketurunan dari baka arnab kerdil.

•  Berat baka ini diantara 1.8 kg ke atas.

•  Mempunyai kepala yang bulat serta bermuncung rata/ pendek. Telinganya kelihatan berdiri tegak, tajam hingga ke hujung.

•  Mempunyai panjangnya sekitar 4.8 hingga 7.5 cm.

•  Mempunyai warna yang pelbagai variasi seperti hitam, coklat, kelabu,biru lembut, biru gelap, dan lain-lain.

•  Tetapi pada umumnya berwarna hitam putih.

•  Memiliki Jenis bulu seperti rollback.

•  Baka ini merupakan peliharaan yang aktif, dan boleh dibawa ke mana-mana/friendly.

•  Dia mempunyai sikap yang ramah dan manja,ianya sangat sesuai/mudah didekati dengan orang dewasa dan kanak-kanak.

•  Bagi baka ini,dia mempunyai jangka hayat selama 6 atau 7 tahun. Bagi yang menjaganya dengan penjagaan yang betul, baka ini boleh mencapai umur sehigga 9 tahun.

•  Harga bagi seekor anak : RM 120 hingga RM 200.

•  Harga bagi seekor induk : RM 600 hingga RM 8000.

•  Harga ini mengikut umur,warna dan kacukan.

PENTING : untuk membaca sambungan Jenis-Jenis Arnab baka hiasan popular Dunia Bahagian 3

Info Moden

laman ini membahaskankan tentang keperluan maklumat semasa yang melibatkan dengan kehidupan kita seharian

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama