Jenis-Jenis Arnab Hiasan Popular Di Dunia

JENIS-JENIS ARNAB HIASAN POPULAR DI DUNIA BAHAGIAN 1

Kini membela arnab bukanlah salah 1 aktiviti yang merugikan atau aktiviti yang sia-sia, disamping merupakan hobi yang bermanfaat, yang dapat menghilangkan stress atau dengan maksud membeli jiwa ( ketenangan/kebahagian), ia juga merupakan hobi yang dapat menjana kewangan yang tidak disangka-sangka jika arnab yang kita ternak menjadi banyak. Di bawah merupakan jenis-jenis arnab hiasan yang popular di dunia dan terdapat juga di Malaysia.


Arnab Baka NETHERLAND / SQUIRREL

arnab baka tupai

•  Banyak di jumpai/diternak di eropah. Dan merupakan arnab hiasan popular, yang diternak disana.

•  Mereka mempunyai berat maksimun sehingga 3 ke 4 kilogram sahaja.

•  Jangka hayat dapat bertahan selama 9 tahun jika dijaga dengan baik dan betul.

•  Mempunyai warna seperti hitam kelabu ataupun kelabu putih.

•  Mempunyai tubuh yang bidang di bahagian dada dan lebar di bahagian punggung.

•  Arnab ini bersifat manja dan juga aktif.

•  Harga bagi seekor anak : RM 100 sehingga RM 200.

•  Harga bagi seekor induk : RM 350 sehingga RM500.


Arnab Baka DWARF ANGORA

arnab angora

•  Berasal dari negara Turki.

•  Merupakan baka yang paling popular dan salah 1 baka yang paling tua di dunia.

•  Beratnya boleh mencapai 1.5 kilogram sehingga 1.8 kilogram.

•  Mempunyai kepala/leher yang pendek dan badan berbentuk silinder.

•  Panjang badannya boleh mencapai sehingga 7 sentimeter dan bulu di badan panjangnya 3 hingga 5 sentimeter.

•  Mempunyai 2 jenis warna iaitu 1 warna : terdiri daripada warna putih, kelabu dan merah,

•  memiliki 2 campuran warna : putih dengan kelabu ataupun putih dengan merah.

•  Bagi baka ini,ia memerlukan kos penjagaan bulu yang rumit. Hendaklah memberi makanan yang berkualiti bagi menghasilkan bulu yang baik.

•  Tidak disyorkan kepada orang yang sibuk bekerja ataupun orang yang tidak mahir membela arnab kerana penjagaannya yang rapi/teliti.

•  Umurnya boleh mencapai sehingga 6 ke 8 tahun.

•  Harga bagi seekor anak : RM 100 sehingga RM400.

•  Harga bagi induk pula : RM 500 sehingga RM700.


Arnab Baka LION ANGORA

arnab lion angora

•  Merupakan salah 1 baka hiasan yang rare dan sangat diminati oleh pecinta arnab hiasan.

•  Baka ini terdiri daripada warna oren gelap, cokelat keemasan, seakan-akan merah dan maroon. Yang paling familiar meyerupai warna singa atau pun harimau

•  Mempunyai tubuh buat dan padat serta berkepala kecil seperti arnab hiasan yang lain.

•  Bertelinga pendek tegak menghala keatas.

•  Panjang bulu sehingga 6 sentimeter.

•  Baka ini perlu penjagaan yang rapi, dari segi pemakanan yang seimbang,vitamin,minuman dan tempat tinggal selalu terjaga kebersihannya agar kesihatan/kecantikan sentiasa terjaga.

•  Jangka hayat baka ini boleh mencapai sehingga 9 ke 10 tahun.

•  Harga bagi seekor anak : RM 100 sehingga RM 300.

•  Harga bagi seekor induk : RM 400 ke atas


Arnab Baka POLAND / POLISH

arnab poland

•  Baka ini mempunyai badan yang lebih kecil dari baka-baka yang lain kerana mereka membawa gen kerdil/dwarf ,

•  Kebanyakan baka ini beratnya tidak melebihi 1.5 kilogram.

•  Mereka mempunyai bulu yang sangat lembut dan lebih mudah dijaga daripada beberapa baka yang lain. Baka ini terdiri dari warna putih , koko , merah , dan lain-lain lagi.

•  Anda mestilah menyikat bulunya seminggu sekali atau 2 minggu skali.

•  Kami tidak mengesyorkan arnab kecil seperti Poland sebagai haiwan peliharaan untuk kanak- kanak kecil, kerana arnab ini sangat sensitif dengan kecederaan/ jatuh/ pegang secara kasar ,tetapi boleh jika dipantau oleh orang dewasa.

•  Baka ini bersikap manja,lemah lembut dan agak kurang aktif dari baka yang lain.

•  Harga bagi seekor anak : RM 100 sehingga RM 300.

•  Harga bagi seekor induk : RM 380 sehingga RM 500.


Arnab Baka CALIFORNIA KERDIL

arnab california

•  Berat baka  ini boleh mencecah dari 3.5 kilo sehingga 4.5 kilogram.

•  Mereka mempunyai bintik gelap/hitam di sekitar telinga, hidung, dan kaki. Badan kebanyakan berwarna putih.

•  Baka ini dibiakkan untuk pertunjukan/hiasan atau mendapatkan hasil daging.

•  Mempunyai sifat yang sangat jinak dan manja.

•  Harga bagi seekor anak : RM 40 sehingga RM 100.

•  Harga bagi seekor induk : RM 200 sehingga RM 400.

PENTING : untuk sambungan Jenis-Jenis Arnab Baka Hiasan popular Di Dunia Bahagian 2

Info Moden

laman ini membahaskankan tentang keperluan maklumat semasa yang melibatkan dengan kehidupan kita seharian

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama