JENIS-JENIS ARNAB HIASAN POPULAR DI DUNIA BAHAGIAN 4
Arnab Baka DWARF BUTTERFLY
• Berasal dari Negara England.
• Dinamakan dengan butterfly kerana warna hitam pada pada sekitar mulutnya yang seakan- akan rama2, ini yang menjadikan baka ini mudah dikenali diantara baka-baka yang lain.
• Berat badan baka ini sekitar 2kg sehingga 2.5 kg apabila sudah matang.
• Badan berukuran 20 sehingga 30 sentimeter, yang menjadikan seperti bentuk silinder.
• Arnab ini mempunyai leher yang pendek dan telinga panjang menghala ke atas.
• Ukuran telinganya ialah 7 sentimeter sehingga 8.6 sentimeter, bagi yang dewasa.
• Kebanyakkan telinga berwarna hitam juga.
• Bulu baka ini kebanyakan berwarna putih bercampur hitam, ada juga yang berwarna campuran seperti warna biru atau kuning. Terdapat juga campuran variasi warna tiga sekaligus iaitu hitam putih dan kuning.
• Umurnya boleh menjangkau selama 7 ke 8 tahun.
• Tidak digalakkan membeli baka ini bagi penternak yang tidak berpengalaman kerana baka ini susah untuk dijaga. Perlu penjagaan yang baik serta pemakanan yang betul.
• Harga bagi seekor anak : RM100 sehingga 500.
• Harga bagi seekor induk : RM400 sehingga 1200.
Arnab Baka HOLLAND LOP
• Merupakan baka yang agak kecil dan beratnya sekitar 0.8 kilogram sehingga 1.5 kilogram.
• Mempunyai struktur badan yang kecil dan pendek.
• Baka ini memiliki bulu yang tebal dan lembut.
• Bersikap dengan tingkah laku yang baik, manis ,manja dan kos penjagaan/pemeliharaannya yang agak rendah.
• Baka ini mudah mesra dengan penjaganya dan mudah jinak ketika awal pemeliharaan.
• Perlu penjagaan sangkar yang sentiasa bersih dan elakkan serangga-serangga kecil menghampirinya seperti semut merah dan serangga berbisa.
Arnab Baka JERSY WOLLY
• Berat jenis arnab ini boleh mencapai 0.7 kilogram sehingga 1.5 kg.
• Baka ini berasal dari spesies pembiakan arnab Perancis Angora dengan baka arnab Netherland Dwarf.
• Mempunyai bulu yang lembut dan kelihatan mengembang.
• Kebanyakkan mempunyai warna putih dan campuran warna seperti hitam putih.
• Memiliki kaki tangan yang pendek dan telinga yang kecil menghala ke atas.
Arnab Baka PYGMY HARE
• Merupakan salah 1 arnab domestik yang paling popular di dunia.
• Arnab ini dikenali di antara yang lain kerana warna badan yang putih serta tompokan hitam yang kecil, dan mempunyai sepasang mata berwarna merah/hitam.
• Ketika arnab ini masih anak, tompokan hitam pada badan tidak kelihatan lagi, ianya mucul apabila arnab meningkat dewasa/matang. Ia muncul sedikit demi sedikit pada badan.
• Baka ini juga mempunyai warna kelabu tetapi ia sukar untuk diperolehi.
• Mereka mempunyai bentuk badan sederhana panjang,berotot dan padat.
• Kaki dan telinga bersaiz sederhana panjang.
• Warna hitam selalu terdapat pada bahagian telinga,mulut,ekor dan juga tompokan kecil pada badan. Selalunya berwarana hitam tetapi ada juga baka yang mempunyai warna biru gelap dan juga coklat/koko.
• Umurnya boleh mencecah sehingga 5 tahun sehingga 8 tahun.
• Apabila umur matang baka ini boleh mencecah 1.5 kilogram – 2 kilogram.
• Harga bagi seekor anak : RM80 sehingga RM 400.
• Harga bagi induk pula : RM 500 sehingga RM900.
Arnab Baka PYGMY REX
• Baka ini berasal dari negara Perancis.
• Arnab ini berwarna merah atau coklat ataupun maroon/merah hati.
• Ia juga dikenali sebagai castor rex
• Berat badannya boleh mencecah 1.5 kilogram – 1.9 kilogram.
• Memiliki badan yang berotot padat, ringan, kepala kecil,telinga yang sederhana panjang, dan anggota kaki tangan serta ekor yang pendek.
• Panjang telinganya boleh mencapai sehingga 7 sentimeter.
• Dikenali/diminati ramai kerana memiliki bulu pendek yang cantik serta kelihatan mewah.
• Merupakan salah 1 arnab yang memiliki bulu yang terpendek di dunia.
• Panjangnya ialah 1.3 sentimeter sehingga 1.6 sentimeter.
• Terdapat juga warna yang jarang dijumpai iaitu hitam merah/ hitam coklat dan juga keseluruhan putih/hitam.
• Perbezaan lain dari baka lain adalah misai pendek bergelombang.
• Baka ini bersifat senyap,pendiam dan juga manja. Ia kurang aktif.
• Harga bagi seekor anak : RM 120 sehingga 300.
• Harga bagi seekor induk : RM 400 keatas.
PENTING : untuk Cara Membela Arnab Sehingga Berjaya (Versi Ebook) ini kami terapkan secara detail bagi pemula yang ingin membela arnab secara serius.
Arnab Baka LION TIGER
• Baka ini berasal dari Belgium.
• Kebanyakkan baka ini mempunyai warna kelabu,merah gelap dan juga oren.
• Badannya berbentuk bulat dan sedikit besar di bahagian dadanya.
• Mempunyai bulu yang panjang di seluruh badan. Dan bulu di sekitar kepala yang menyerupai seperti seekor singa.
• Mempunyai juga telinga yang panjang menegak ke atas.
• Bersikap lembut dan manja terhadap tuannya, tetapi bertindak agresif ketika sakit dan berasa terancam.
• Ketika matang, baka ini boleh mencapai berat sehingga 1.8 kilogram.
• Di jangka dapat bertahan sehingga 9 ke 10 tahun.
• Harga bagi seekor anak : RM 100 sehingga RM 500.
• Harga bagi induk pula : RM 600 sehingga RM 1000.
Membela arnab hiasan merupakan hobi yang sangat bermanfaat, di samping memberi ketenangan dengan melihat telatah arnab sahaja. Kadang kala membela arnab pada mulanya, sebagai hobi mengisi masa lapang tetapi lama kelamaan dengan berkat pengalaman,minat dan ilmu menbela, pecinta arnab dapat juga menjana pendapatan lumayan dengan arnab baka hiasan ini.
Berdasarkan harga arnab di atas adalah sebagai harga anggaran sahaja, ia bergantung juga atas faktor umur , keaslian baka, trending, kos import, cara pemakanan, jenis bulu dan lain-lain lagi.
manakala jika anda berminat untuk membaca tentang kepelbagaian jenis baka arnab pedaging yang terdapat di dunia.