Jenis-Jenis Arnab baka hiasan popular Dunia Bahagian 3

 Arnab baka HOTOT

arnab hotot

•  Arnab yang berbentuk bulat dan mempunyai telinga pendek.

•  Mempunyai leher dan kaki/tangan yang kecil.

•  Kebanyakkan baka ini mempunyai bulu yang serba putih, dan bulu di keliling mata mempunyai linkaran hitam seolah-olah arnab ini memakai celak.

•  Baka ini bersifat manja, aktif dan mudah mesra dengan pemiliknya.

•  Harga bagi seekor anak : RM 150 sehingga RM 300.

•  Harga bagi seekor induk : RM 400 keatas.


Arnab baka THRIANTA

arnab hiasan

•  Baka ini bersaiz sederhana

•  Kebanyakkan mempunyai warna merah tua dan juga orennya. Terdapat warna terang/gelap di bahagian bawah ekor dan kaki mereka.

•  Badan yang berbentuk bulat dan telinga yang sederhana panjang.

•  Mempunyai sikap ingin tahu yang tinggi,bersikap lembut, dan sangat mudah bergaul.


Arnab baka DUTCH

arnab dutch

•  Baka ini berasal dari belanda.

•  Salah 1 baka yang digemari di serata dunia.

•  Memiliki bentuk badan yang sangat menarik iaitu bahu dan belakangnya yang sama.

•  Berat badannya sekitar 1kg sehingga 2.5kg.

•  Memiliki bentuk badan yang lebar di bahagian hadapan,berkepala bulat,leher hadapan yang pendek dan telinga lebar.

•  Mempunyai bulu yang gebu,lembut dan kelihatan berkilat.

•  Mereka memiliki variasi warna yang pelbagai. kebanyakan berwarna hitam putih

•  Lehernya yang pendek seakan-akan tidak kelihatan.

•  Saiz telinganya yang panjang : 20 hingga 26 sentimeter. Ciri-ciri telinganya tebal dan padat yang menyerupai bentuk sudu dan meghala ke depan/kepala.

•  Arnab ini bersifat ceria dan hampir selalu aktif bergerak. Arnak ini juga seakan-akan gemar kepada kanak-kanak dan hanya agresif semasa mengawan dan ketika ditakutkan/terasa diancam.

•  Baka ini juga mudah diajar/dilatih kerana mereka mudah di respon ketika nama mereka dipanggil (nama samaran).

•  Jangka umur arnab ini boleh mencecah sehingga 6 tahun. Jika dijaga dengan baik dan teliti,boleh mencecah sehingga 9 tahun.

•  Harga bagi seekor anak : RM 120 sehingga RM180.

•  Harga bagi induk pula : RM 600 sehingga RM 800.


Arnab baka FOX

arnab fox

•  Baka ini beasal dari Austria.

•  Dinamakan fox kerana mempunyai ciri-ciri seperti musang.

•  Baka ini mempunyai baka yang pelbagai atas kacukan bersempena negara iaitu english fox, asia fox, swiss fox ,lilac fox dan lain-lain lagi.

•  Mempunyai pelbagai jenis warna seperti hitam kelabu, hitam putih, merah dan lain-lain.

•  Beratnya boleh mencapai sehingga 0.9 kilogram ke 1.4 kilogram.

•  Panjang bulunya dari 3 sentimeter sehingga 7 sentimeter.

•  Memiliki dada depan yang bidang dan kaki tangan yang pendek serta berbadan seperti silinder.

•  Panjang telinga boleh mencapai 5.4 sentimeter.

•  Sangat sesuai dibela kerana tahan lasak, aktif, dan juga manja.

•  Jangka hayat boleh mencapai sehingga 9 tahun.

•  Harga bagi seekor anak : RM150 sehingga RM200.

•  Harga bagi seekor induk : RM300 sehingga RM 800.


Arnab baka PYGMY RAM

arnab pygmy ram

•  Berat baka ini bermula mencapai 2kg sehingga 3 kg.

•  Mempunyai dahi yang sedikit lebar dan juga kepala yang sederhana.

•  Memiliki kaki yang pendek serta berotot.

•  Dan juga leher pendek sehingga tidak kelihatan.

•  Panjang telinganya boleh mencapai sehingga 27 atau 28 sentimeter.

•  Telinga anak tidak kelihatan jatuh pada awal kelahiran dan kelihatan jatuh ketika berumur 3 bulan ke atas.

•  Badan mereka berotot dan juga berisi seperti baka besar.

•  Mempunyai bulu yang lebat,lembut,gebu dan berkilat. Terdapat 2 jenis bulu iaitu panjang dan pendek. Masing-masing mempunyai keunikkan dan kecantikan yang berbeza.

•  Baka ini mempunyai variasi warna yang sangat banyak iaitu 22 jenis warna.

•  Purata umur arnab ini boler mencapai sehingga 8 tahun. Dengan penjagaan yang terbaik, baka ini dapat bertaham selama 12 tahun keatas.

•  Harga bagi seekor anak : RM80 sehingga RM120.

•  Harga bagi induk pula : RM200 sehingga RM400.

PENTING : untuk membaca sambungan tentang Jenis-Jenis Arnab baka hiasan popular Dunia Bahagian 4 

Info Moden

laman ini membahaskankan tentang keperluan maklumat semasa yang melibatkan dengan kehidupan kita seharian

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama