Apakah Cara kitaran hidup arnab liar apabila diserang pemangsa :
• Sekiranya arnab terpojok apabila mendapat lawan yang lebih besar daripadanya seperti serigala ataupun anjing misalnya, mereka lebih memilih untuk menyorok dan berlari memasuki kawasan yang kecil seperti lubang dan sebagainya.
• Tetapi apabila arnab mendapat lawan yang lebih kecil seperti kucing, mereka akan bertindak dengan menggunakan cakaran kuku,mengigit serta menendang menggunakan kaki belakangnya.
• Arnab bertindak seperti ini bukan tujuan untuk membunuh tetapi untuk mengelirukan haiwan lain/menakutkan pemangsa itu dan kemudian terus melarikan diri.
• Dengan tindakan itu, akan mengakibatkan pemangsa lain untuk mundur serta dapat menghentikan pemangsa lain untuk bertindak menyerangnya.
• Arnab juga mendapat peluang untuk melarikan diri dengan muslihat yang dilakukannya.
Apakah kelebihan yang terdapat pada arnab?
Mempunyai tangan hadapan serta kaki belakang yang kuat :
• Dapat membuat tendangan yang kuat terhadap pemangsa kecil.
• Melepaskan diri dari cengkaman binatang pemangsa.
• Mempercepatkan larian yang pantas.
• Kepantasan arnab boleh mencapai 30 hingga 50 kilometer perjam di laluan sempit.
Mempunyai rahang yang kuat :
• Arnab mempunyai sepasang rahang kuat yang mendorong setiap gigitan arnab menjadi sangat kuat hingga dapat memberi luka kepada pemangsa.
• Dengan gigi yang tajam arnab dapat membuat gigitan sehingga ke tulang pemangsa.
• Hanya binatang pemangsa kecil seperti kucing yang boleh arnab hadapi, arnab lebih memilih lari daripada menghadapi mangsa yang lebih besar daripadanya.
• Menjadikan cakaran yang kuat kepada pemangsa.
Mempunyai Kuku yang tajam :
• Arnab liar mempunyai kebiasaan seperti kucing iaitu mengasah kuku. Arnab mengasah kukunya pada tanah kasar yang mereka jalani.
• Pada umum cakaran arnab tidak setajam haiwan seperti kucing tetapi kuku mereka masih boleh memberi luka kepada haiwan pemangsa.
Dapat mengesan pemangsa dengan lebih awal :
• Arnab di anugerahkan anggota mata, telinga serta deria bau yang lebih sensitif pada persekitaran sekeliling.
• Ini membantunya untuk bertahan hidup serta menyelamatkan diri
Mempunyai mata yang peka di sekelilingnya :
• Penglihatannya dapat melihat sekitar 300 hingga 360 darjah.
• Dapat melihat dari sisi hadapan kiri dan kanan sehingga belakangnya. Hanya lemah di bahagian sisi depan.
• Dapat mengesan ancaman yang datang dari jauh.
• Mata yang mempunyai selaput lut sinar yang dapat mengurangkan kerdipan, bermaksud mereka sedar setiap saat untuk bereaksi terhadap ancaman.
Mempunyai sepasang telinga yang sensitif dengan bunyi :
• Dapat mengesan lebih cepat dari arah mana bunyi itu datang.
• Telinga yang dapat berpusing sehingga 270 darjah.
• Boleh menentukan bunyi bahaya datang, kemudian berlari ke arah yang lebih selamat.
Ekor yang berfungsi untuk mengelirukan pemangsa :
• Apabila pemangsa cuba mengejar, ekor arnab akan diperhatikan binatang pemangsa, disitu apabila arnab mengubah arah larian,kemudian pemangsa akan hilang fokus.
Pandai membuat terowong persembunyian :
• Arnab secara fitrahnya hidup di dalam lubang ataupun terowongnya.
• Merupakan perumahnya bagi arnab-arnab yang hidup secara liar.
• Suka membuat lubang palsu yang banyak.
• Terowong yang mempunyai banyak cabang dan mengelirukan pemangsa.
Dapat bersembunyi di dalam belukar dan daun-daun kering :
• Secara amnya warna arnab liar lebih mesra alam seperti warna koko cerah dan gelap.
• Dapat bersembunyi dalam timbunan daun kering dan semak samun.
• Badannya yang kecil, memudahkan lagi teknik bersembunyi di dalam hutan.
• Arnab hutan kebiasaannya, mempunyai warna yang mirip dengan warna tanah ataupun daun kayu kering, ini menyebabkan arnab sukar dikesan dengan sekali pandang.