Cara Membela Arnab Sehingga Berjaya Bahagian 5

baby arnab

CARA MEMBELA ARNAB SEHINGGA BERJAYA BAHAGIAN 5

Berapakah tempoh bunting bagi seekor arnab betina ?

• Setiap penternak mestilah mengetahui tempoh bunting bagi induk betina ternakannya. Bagi bunting berlaku dalam tempoh di antara 28 sehingga 31 selepas mengawan. 

• Bunting matang pada hujung minggu ke empat.

• Pada tempoh hujung bunting, penternak mestilah menyediakan kotak didik/ sarang beranak kepada induk betina di bahagian belakang sangkarnya.

• Dan kotak didik haruslah lebih awal 7 hingga 14 hari bagi tujuana penyesuaian terhadap induk betina tersebut.

• Penternak boleh mengesan tingkah laku arnab tersebut pada hari 26 hingga 29 hari selepas dikahwinkan oleh pejantan. Induk betina akan kelihatan gelisah/kelam kabut dan kemudiannya akan mencabut bulu di bahagian bawah perutnya serta menjadikan bulunya sebagai tempat untuknya beranak.

• Ketika itu penternak hendaklah membiarkan arnab betinanya bersendirian / atau tidak diganggu.

• Penternak juga mestilah menyediakan makanan serta minuman secukupnya bagi induk tersebut.


Apakah itu Bunting palsu ?

• Bunting palsu adalah situasi yang digelar kepada induk betina yang menunjukan tanda-tanda ingin melahirkan anak pada waktu ke 12 hingga 17 selepas dikahwinkan. Induk betina akan menunjukan tingkahlaku seperti mencabut bulunya pada bukan waktunya.

• Jika perkara ini berlaku, maka penternak mestilah mengkahwinkan induk betina ini dengan pejantan semula.


Bagaimana cara untuk menguruskan anak arnab ?

• Ketika induk betina melahirkan anaknya, pastikan anak tersebut berada di dalam kotak didik atau tempat beranak tersebut. hal ini kerana mengelakkan anak tersebut tidak kesejukan.

• Kemudian apabila anda memegang anak tersebut, anda perlu menyapu tangan anda pada hidung ibunya untuk seketika kerana dikhuatiri induk tersebut menyingkir anaknya atau membunuhnya. Ibu arnab mengecam anaknya melalui bau pada badan anaknya jika baunya berlainan maka anak tersebut bukan anaknya.

• Mengikut kajian, anak arnab ketika dilahirkan, mereka tidak mempunyai bulu, pekak dan juga buta.

• Bulunya akan kelihatan tumbuh pada hari yang ke 7, kemudian mata dan telinga akan berfungsi ketika umur mereka mencapai 7 hari sehingga 15 hari.

• Ketika tempoh ini makanan utama mereka adalah susu dari ibunya, 100 peratus.

• Arnab yang baru lahir berkeadaan tidak mempunyai bulu, buta dan pekak. 

• Hal ini berlanjutan sehingga anaknya mencapai umur 15 hingga 17 hari.

• Kemudian anaknya akan mencuba makan makanan ibunya.


Berapakah tempoh masa penyusuan anak arnab ?

• Kebiasaannya bagi ibu arnab menyusu anaknya ketika waktu malam.

• Jangan risau jika ibunya menyusu anaknya sehari 2 hingga 3 kali sahaja. Yang penting penyusuan adalah pemberian susu awalan sahaja.

• Anak arnab akan cuba menyusu, kemudian ibu selalunya tidak memberi kepada anaknya.

• Hal ini sudah normal berlaku kerana merupakan tabiat ibu arnab, perkara ini tidak perlu dirisaukan.

• Elakkan menggangu ibu arnab, hal ini akan menakutkan ibu arnab yang mahu menyusu dan memantau anaknya.


Apakah itu Sistem Ibu angkat ?

• Seekor ibu arnab kebiasaanya mempunyai 8 puting susu.

• Jika bilangan anaknya melebihi bilangan puting penyusuan,maka akan menimbulkan saingan terhadap anak-anaknya.

• Oleh itu penternak mestilah mencari ibu angkat bagi mengelakan masalah anak yang tidak mendapat susuan.

• Penukaran susuan haruslah dilakukan dalam waktu 48 jam/ 2 hari selepas anak arnab dilahirkan.

• Anak itu mestilah ditanda dengan warna/cat di bahagian kepala.

• Pastikan anak itu mendapt susu awalan pada waktu 3 hari pertama selepas dilahirkan kerana dalam tempoh itu, susu tersebut mengandungi keperluan pada anak arnab iaitu antibodi bagi ketahanan badan anak arnab.

• Tempoh penyusuan ini berlanjutan dalam tempoh 1 bulan.

• Pastikan anak arnab mendapat susu awalan 3 hari pertama selepas dilahirkan.


PENTING : untuk membaca Cara Membela Arnab Sehingga Berjaya Bahagian 6

Info Moden

laman ini membahaskankan tentang keperluan maklumat semasa yang melibatkan dengan kehidupan kita seharian

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama