Cara Membela Arnab Sehingga Berjaya Bahagian 3


arnab lari


Apakah yang perlu ada di setiap sangkar arnab anda ?

Bekas makanan arnab :

• Pellet merupakan makanan utama bagi arnab pedaging dan juga hiasan. Oleh itu bekas makanan bagi meletakkan pellet tidaklah perlu terlalu besar kerana ia nya akan memakan ruang di dalam sangkar.

• Penternak boleh menggunakan bekas-bekas terpakai untuk dijadikan bekas makanan.

• Ikat di penjuru kandang berdekatan sistem minuman ternakan.

• Selain daripada pellet, arnab juga diberi tumbuhan hijau seperti napier dalam kuantiti yang sedikit. Ini dijadikan sebagai makanan tambahan bukan makanan utamanya, makanan utama yang digalakan adalah pellet dan juga alfalfa hay/ timothy hay. Bagi arnab hiasan akan diberi pellet berkualiti yang mempunyai vitamin.

• Penternak juga boleh meletakkan pellet dalam bekas yang separa automatik dalam kuantiti 150 sehingga 700 gram. Bekas ini banyak diperbuat daripada aluminium, besi yang nipis dan juga kayu.

• Sesetengah penternak menggunakan bekas botol air minuman plastik untuk dijadikan bekas makanan, hal ini tidak digalakkan kerana dikhuatiri arnab anda mengigit bekas makanan tersebut.

• Digalakan mengunakan bekas yang diperbuat daripada aluminium.

Bekas minuman arnab :

• Penternak mestilah menyediakan air yang bersih yang secukupnya bagi menjamin haiwan ternakan anda sehat sepamjang masa.

• Arnab memerlukan air 2 sehingga 3 kali dari jumlah pemakanannya.

• 0.5 sehingga 0.7 liter air sehari yang diperlukan oleh seekor induk dewasa.

• Dan bagi anak-anak yang membesar atau ibu yang menyusukan anak, mereka memerlukan 2 sehingga 3 kali ganda daripada yang biasa.

• Kebanyakan penternak maju menggunakan sistem air separa automatik yang di panggil nipple.

• Sesetengah penternak, ada yang menggunakan konsep tradisional/lama iaitu menyediakan bekas minuman yang diperbuat dari tanah ( berbentuk mangkuk kecil ), bekas ini berat supaya dapat mengelakan daripada tertumpah serta dapat mengekalkan kesejukan air.

Perkara ketiga ialah Kotak didik bagi induk betina.

• Kotak didik adalah 1 tempat yang perlu dibuat, untuk induk betina yang sudah pun bunting.

• Kotak didik sangatlah perlu bagi menjaga anak arnab yang baru dilahirkan.

• Umur anak arnab yang sesuai berada di dalam kotak didik bermula sejak lahir sehingga mencapai umur 4minggu atau 1 bulan.

• Dalam peringkat umur ini (anak arnab baru lahir sehingga 1 bulan) berisiko untuk mati jika terdedah dengan persekitaran yang sejuk.


Ciri-ciri kotak didik mestilah mengikuti syarat berikut :

• Setiap kotak didik mestilah mempunyai keluasan ruang yang luas untuk menempatkan induk betina dengan beberapa ekor anak.

• Kebanyakan kotak didik dibuat daripada bahan yang tidak menyerap haba, seperti plastik atau papan lapis yang tebal.

• Kotak didik selalunya diletakkan di bahagian belakang sangkar.

• Mestilah mempunyai ruang udara keluar masuk yang baik.

• Diantara sangkar dan kotak didik mestilah diberikan ruang yang luas bagi memudahkan pergerakan bagi induk betina keluar dan masuk, tetapi letakkan kotak didik lebih rendah agar menghalang anaknya keluar ke sangkar, kerana di khuatiri kaki tangan anak tersepit di celahan dawai sangkar. Apabila umur anak mencapai 2 minggu keatas tidak mengapa.

• Pastikan kotak didik dalam keadaan yang gelap dan tidak terdedah kepada cahaya matahari yang terik.

• Sediakan kotak didik 2 minggu lebih awal sebelum induk betina melahirkan anak kerana induk betina dapat menyesuaikan dirinya di dalam kotak tersebut.

PENTING : untuk pembacaan Cara Membela Arnab Sehingga Berjaya Bahagian 4

Info Moden

laman ini membahaskankan tentang keperluan maklumat semasa yang melibatkan dengan kehidupan kita seharian

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama