Cara Membela Arnab Sehingga Berjaya Bahagian 6

CARA MEMBELA ARNAB SEHINGGA BERJAYA BAHAGIAN 6

cara bela arnab
sekadar gambar hiasan

Apakah yang dimaksudkan Cerai susu ?

Cerai susu di maksudkan dengan anak arnab boleh di asingkan dengan ibunya dan juga boleh mula diberikan pelet. Cara proses menceraikan seperti di bawah :

• Kebiasaanya bagi penternak membiarkan anak yang baru lahir bersama ibunya selama 1 bulan.

• Sekiranya tempoh 1 bulan sudah cukup, maka penternak boleh mengasingkan anak arnab  kepada 2 tujuan iaitu dengan tujuan pembiakbakaan ataupun pengemukan.

• Untuk pembakaan, penternak mestilah mencari anak arnab dengan kondisi kesihatan, ketahanan dan berat yang terbaik. Arnab tersebut mestilah di tanda pengenalan individu (TAG) dan mempunyai rekod cacatannya.

• Seterusnya baka yang selain pembakaan, akan dijadikan sebagai tujuan pengemukan.

• Ia disimpan di dalam sangkar berkelompok/berkumpulan sehingga 1 hingga 2 bulan. Kebiasaanya 45 hari sahaja bagi arnab pedaging.


Bagaimana cara menjaga / membela anak arnab sehingga matang ?

• Ketika di lahirkan, anak arnab akan dibiarkan bersama ibunya sehingga umur mencapai 30 hari. Peringkat ini di paggil tempoh penyusuaan.

• Dan selepas 30 hari anak arnab boleh dipisahkan dari ibunya. Ketika ini dipanggil tempoh penceraian susu. Anak arnab ketika ini boleh di berikan pellet atau alfalfa hay (alfalfa kering). Kebiasaan arnab akan diberikan pellet sehingga umurnya matang.

• Pada peringkat peceraian susu, mereka akan dibuat pemilihan sama ada untuk dibuat baka atau tujuan pengemukkan. 

• Bagi tujuan pembakaan, arnab akan dinilai dari rekod prestasi (aktif,galak,rupa bentuk,pandai menjaga anak). Tip : arnab betina yang tidak boleh menjaga atau anak kerap mati selama 2 kali beranak tidak layak untuk di jadikan induk pembakaan. Penternak mestilah menjual/memasarkan arnab tersebut sebagai daging jualan sahaja.

• Setiap arnab akan diberikan label/tag di bahagian telinga sebagai tanda pengenalan bagi memudahkan pengecaman dari segi umur,baka dan sebagainya.

• Kebiasaan arnab akan diasingkan secara individu atau berkumpulan. Tip : jangan campur arnab yang bukan dari kumpulan yang berlainan kerana dikhuatiri akan menyebabkan pergaduhan.

• Arnab yang dipilih dengan tujuan pembakaan, kebiasaannya di letakkan secara individu.

• Dan selebihnya baki akan dibuat sebagai penggemukkan, yang kebiasaanya di letakkan secara berkumpulan, sesama beradik.

• Proses penggemukkan akan berlaku selama 31 hingga 46 keatas.

• Arnab baka pedaging hanya perlu diternak selama 2 hingga 3 bulan, kemudian ianya boleh dipasarkan sebagai daging segar ataupun sejukbeku.


Bagaimana cara ingin mengetahui jantina bagi arnab ?

• Penternak boleh menetukan jantina bagi arnab dengan menekan secara lembut/perlahan di bahagian atas dubur arnab tersebut.

• Bagi arnab jantan, selepas di tekan bahagian atas dubur, akan muncul tanda bonjolan yang bulat.

• Manakala bagi anak betina akan kelihatan belahan menghala ke dubur.

• Selain itu, zakar bonjolan anak jantan lebih jauh dari dubur berbanding tanda belahan bagi anak betina lebih dekat dengan dubur.


Apakah tip/petua sebelum menyembelih arnab ?

• Arnab sebelum di sembelih tidak perlu diberikan makan selama 5 hingga 9 jam kerana untuk mengurangkan kandungan yang terdapat dalam usus perut, supaya dapat memudahkan proses untuk pembersihan.

• Tetapi pemberian air mesti di beri secukupnya kerana apabila kekurangan air pada badan akan mempengaruhi penurunan berat badan arnak tersebut.

nota-nota panduan cara membela arnab ini dihasilkan daripada pengalaman-pengalaman penternak yang mendalami bidang dunia ternakan arnab sejak sekian lamanya.

PENTING : untuk membaca tentang Panduan Membela Arnab Secara Ringkas

Info Moden

laman ini membahaskankan tentang keperluan maklumat semasa yang melibatkan dengan kehidupan kita seharian

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama