Cara Membela Arnab Sehingga Berjaya Bahagian 2

CARA MEMBELA ARNAB SEHINGGA BERJAYA BAHAGIAN 2
sangkar arnab


Apakah Jenis Sistem Lantai Yang Sesuai Untuk Menternak Arnab ?

1) Sistem yang dinamakan sistem lantai kering

• Untuk sistem ini, anda mestilah Hadkan penggunaan air untuk mengurangkan kelembapan di sekitar sangkar. Elakkan kebocoran pada sistem minuman, kerana dapat mengawal gas pembuangan dari najis arnab. 

• Tanah penting untuk memastikan kotoran tetap kering melalui penyaringan. 

• Gunakan penapis pasir untuk memisahkan tinja dengan air kencing . Penyaringan air kencing dilakukan di lantai di bawah setiap barisan sangkar. 

• Jika sistem ditangani dengan betul, sistem ini dapat menyediakan lingkungan udara yang lebih bersih, mengawal pencemaran dan dapat mengurangkan kos penyelenggaraan harian. 

• Kelemahan sistem ini adalah bahawa kotoran sentiasa lembap dan boleh menyebabkan masalah lain jika tanah dalam saliran yang buruk.

2) Sistem yang di namakan Sistem lantai basah

• Anda mestilah membuat lantai konkrit di bawah sangkar arnab .

 • Lantai simen/kongkrit mestilah di buat tinggi sebelah bagi memastikan kerja – kerja pembersihan senang dijalankan iaitu pengaliran najis mudah turun ketika pembersihan. Bina 1 longkang di bahagian bawah pula.

• Sistem penjirusan secara automatik atau manual boleh ditentukan oleh penternak sendiri.

• Kekurangan sistem ini Kerana najis dan air kencing mudah bercampur, gas buang mudah dihasilkan. Dan cara mengatasi iaitu dengan membina longkang panjang dan buat 1 tangkungan najis jauh dari tempat penternakan.

• Penternak perlu menyediakan 1 alat pengalir udara bagi mengelakkan kesan daripada gas buangan ini jika tangkungan berada berhampiran sangkar arnab. Penternak tidak perlu risau jika sistem pengudaraan di sangkar berada dalam keadaan yang baik atau kerja-kerja pembersihan kerap dilakukan. 


Apakah Jenis Sangkar Yang Sesuai Untuk Menternak Arnab ?

Terdapat pelbagai jenis dan kreativiti yang ada pada pembuatan sangkar arnab ini, dan ciri-ciri mestilah memenuhi kreatiria seperti dibawah :

• Sangkar mestilah bersaiz sederhana bagi menempatkan arnab secara individu iaitu 1 sangkar untuk 1 arnab.

• Bagi anak untuk pengemukan boleh di letakkan pada 1 kandang besar. Boleh diletakkan 1 sangkar dalam lingkungan 8 sehingga 12 ekor.

• Bagi untuk dijadikan induk matang ,seekor untuk 1 sangkar sahaja.

• Tabiat arnab secara semulajadi pada umumnya suka mengigit jika bahan terdiri daripada buluh, kayu, getah dan juga plastik ( sangkar dari bahan ini tidak digalakkan untuk membuat tempat/perumah bagi arnab.

• Bahan yang digunakan mestilah terdiri daripada dawai yang tahan karat atau pun berkualaiti. Dawai tahan karat digunakan kerana memperlambatkan dawai berkarat disebabkan oleh air kencing arnab.

• Anda boleh membuat mengikut gred dawai yang anda boleh miliki. Terdapat banyak jenis dawai di pasaran. Ada yang murah dan mahal, belilah mengikut kemampuan anda.


Berikut adalah jenis desain sangkar yang popular digunakan :

SANGKAR JENIS SETINGKAT 

Kebaikan penggunaan sangkar ini :

• Sangkar ini adalah jenis paling yang mudah dan banyak digunakan secara meluas di penternakan arnab.

• Sesuai di buat untuk pembiak baka arnab.

• Susunan lebih teratur dan cara membuatnya lebih mudah berbanding yang lain.

• Pengurusan ternakan lebih mudah dan cepat.

• Aktiviti kerja penyelengaraan/penbersihan sangkar lebih senang.

• Sistem pengudaraan lebih bersih.

• Aktiviti pemerhatian kesihatan terdapat arnab senang dilakukan.

Keburukan penggunaan sangkar ini :

• Menggunakan luas kawasan tempat ternakan kerana di bina secara 1 tingkat dan mendatar atau memanjang. Ini adalah merugikan bagi penternak yang kekurangan keluasan bagi tapak penternakan.

• Kos sangkar dikira perunit bagi 1 ternakan. Dan ini menjadikan kos pembinaan sangkar menjadi tinggi.


SANGKAR JENIS BERTINGKAT PIRAMID

Kebaikkan sistem ini :

• Apabila mengunakan sistem ini, anda boleh menempatkan arnab dengan kadar muatan tinggi pada tapak projek yang kecil.

• Seperti yang sedia maklum sangkar ini sudah semestinya menyerupai bentuk piramid. 

• Sesuai untuk penggemukkan anak secara bergroup atau berkumpulan. 

• Anda mestilah menjaga yang secara rapi dalam segi kebersihan dan juga sistem pengudaraan. 

• Sangkar ini dibuat secara menegak dan bertindan/ berlapis.

• Kebanyakan sistem ini di buat sangkar bertindan/bertingkat secara 2 tingkat ke 3 tingkat yang di lengkapi dibawahnya tadahan najis ( di letakkan sedikit pasir untuk meneutralkan bau najis arnab serta air kencingnya, tanah juga boleh diletakkan bagi alternatif tukar dengan pasir)

• Sangkar jenis bertingkat piramid ini juga digelar sebagai sangkar California.

Kelemahan sistem ini :

• Pengudaraan untuk sistem ini kurang baik, boleh di lakukan tetapi mestilah membuang najis arnab tersebut dengan lebih kerap jika terlalu banyak.

• Pembentukan gas NHз boleh berlaku jika najis arnab terlampau banyak dan ini menyebabkan pencemaran udara di sekitar kandang. Dan ini boleh menyebabkan keracunan bau di dalam kandang.

• Kerja-kerja pembersihan juga sukar untuk dilakukan kerana memerlukan masa yang banyak untuk kerja pembersihan najis.

• Aktiviti pemerhatian/pengawalan agak sukar dan terhad.

• Kos bagi setiap binaan sangkar juga tidaklah murah.

• Memerlukan kos yang tinggi ketika membuat aktiviti penyelengaraan.

• Udara persekitaran yang kurang bersih apabila tidak kerap membuat kerja-kerja pembersihan.

• Ternakan anda lebih mudah terdedah terhadap penyakit.

• Apabila penyakit merebak ianya susah untuk dikawal.

PENTING : seterusnya Cara Membela Arnab Sehingga Berjaya Bahagian 3


Info Moden

laman ini membahaskankan tentang keperluan maklumat semasa yang melibatkan dengan kehidupan kita seharian

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama