Cara Membela Arnab Sehingga Berjaya Bahagian 4

makeup arnab

CARA MEMBELA ARNAB SEHINGGA BERJAYA BAHAGIAN 4

Bagaimanakah cara menguruskan induk ternakan anda (arnab) ?

Cara menguruskan induk ternakan dengan betul adalah seperti berikut :

• Lumrah kehidupan arnab jantan semestinya bersama arnab betina, disini disertakan nisbah seekor pejantan bagi pasangannya. Secara semulajadi, Seekor arnab pejantan boleh mengawan untuk 5 ekor sehingga 10 ekor.

• Tetapi secara komersialnya di negara barat, mereka mengamalkan permanian beradas menyimpan seekor jantan bagi 20 sehingga 30 induk betina.

• Seekor pejantan dewasa yang sehat/subur diberikan mengawan ke induk betina hanya 1 kali dalam tempoh 3 hari , dengan maksud 3 hari sekali sahaja dapat bersama dengan arnab betina.

• Tetapi jika arnab jantan diberikan makanan yang berkualiti/terbaik dan dalam keadaan sehat maka depat bersama dengan induk betina 2 hingga 3 kali sehari atau seminggu dapat bersama 3 hinnga 4 kali.

• Mengikut pengesyoran terbaik, pejantan diberikan peluang mengawan 2 kali dalam 1 hari, kemudian di asingkan/direhatkan selama 3 atau 4 hari.

• Kekerapan terhadap pengawanan akan memberi kesan terhadap kesuburan benih baka pejantan,

• Tidak Digalakan untuk menggunakan seekor pejantan dengan terlalu kerana akan mengurangkan keupayaan seks terhadap pejantan tersebut.


Bagaimanakah cara pembiakan bagi arnab betina ?

Cara pembiakan bagi arnab betina di katogerikan kepada tiga bahagian :

Sistem pembiakan secara ekstensif :

• Sistem ini di khaskan bagi pemeliharaan secara kecil-kecilan

• Arnab betina akan di kahwinkan bersama pejantan apabila anak-anaknya mencapai umur 1 bulan 7 hari atau 1 bulan 14 hari.

• Tempoh umur anak arnab boleh di pendekkan apabila berat anaknya mencapai sekitar 350 gram/400 gram ( jika anaknya mempunyai berat sekitar 350 sehinnga 400 gram, maka arnab betina boleh dikahwinkan bersama pejantan semula )

Sistem pembiakan secara separa intensif :

• Arnab betina akan di kahwinkan bersama pejantan apabila anak-anaknya mencapai umur sekitar 14 hari atau 21 hari selepas melahirkan anak. 

• Sekiranya arnab betina bunting dan masih menyusukan anak maka anaknya perlu cerai susu ketika umur mencapai sekitar 1 bulan ataupun 1 bulan 7 hari.

• Jika melakukan sistem ini, maka induk betina dapat melahirkan anak sebanyak 5 kali setahun. 

• Dengan ini, penternak mestilah menyediakan makanan yang berkualiti bagi menjamin kesehatan bagi induk betina.

Sistem pembiakan secara intensif :

• Arnab betina akan dikahwinkan bersama pejantan, 2 hingga 10 hari selepas beranak. Penternak boleh mencuba meletakan bersama pejantan selepas 24 jam  jika induk betina menunjukan kemahuan untuk mengawan. Jikalau induk tidak mahu anda boleh mencuba selepas 3 hari kemudian.

• Jumlah kelahiran terhadap arnab betina boleh mencapai 9 hingga 10 kali dalam masa 1 tahun. Tetapi disyorkan untuk membuat 6 hingga 8 kali setahun bagi menjaga kesihatan bagi induk betina.

• Penternak mestilah menyediakan makanan yang berkualiti tinggi yang disyorkan oleh jabatan veterinar bagi menjamin kesihatan induk betina.


Apakah cara untuk mengetahui arnab jantan sudah mengawan arnab betina ?

• Apabila arnab jantan ingin mengawan, dia akan menaiki belakang induk betina untuk seketika kemudian akan mengundur ke belakang seperti mengelunsur atau terus telentang.

• Bagi menjamin keberkesanan mengawan ialah dilakukan pada waktu 8 hingga 10 pagi. Kemudian diasingkan dan diletakkan semula pada waktu petang untuk mengawan bagi kali kedua . Apabila selesai,  asingkan.

PENTING : untuk membaca Cara Membela Arnab Sehingga Berjaya Bahagian 5

Info Moden

laman ini membahaskankan tentang keperluan maklumat semasa yang melibatkan dengan kehidupan kita seharian

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama