Kini kita tidak perlu ke luar negara untuk mencari baka lembu terbaik kerana di dalam negara kita cukup banyak menternak baka-baka yang terbaik dari luar negara, baka ini sudah serasi dan sesuai dibela kerana Malaysia merupakan negara yang mempunyai iklim panas dan lembap sepanjang tahun. Berbeza dengan negara-negara yang mempunyai suhu sejuk panas yang melampau. Ini merupakan salah 1 aspek yang mesti kita syukuri.
Berikut adalah jenis-jenis baka lembu yang popular di Malaysia.
Wagyu
• Dikenali sebagai lembu Jepun.
• pada awalnya diternak sebagai kerja untuk pertanian kerana mempunyai ketahanan fizikalnya.
• mempunyai tekstur marbling yang unik.
• yang membuat daging sangat lembut serta memberi rasa manis dan lazat.
• Marbling ialah setiap ulas dagingnya mempunyai lemak.
• Semakin banyak lapisan lemak semakin tinggi.
• Kebanyakkan bulu baka ini berwarna hitam.
• Lembu ini kebiasaan di jual pada harga rm100 sehingga rm3000 per kilogram (mengikut gred)
• Gred di nilai pada marblingnya. Lagi tinggi marbling makin tinggi harga. Jadilah pembeli yang bijak ye
• Satu bahagian korban lembu ini boleh mencecah rm2500 ke rm35 000
Angus
• dikenali sebagai Aberdeen Angus.
• baka yang paling popular di Amerika Syarikat.
• lembu ini berwarna hitam ataupun merah tetapi baka aslinya berwarna hitam.
• dianggap sebagai lembu premium di barat.
• berasal dari timur laut Scotland.
• dikacukkan dengan lembu Texas Longhorn.
• baka aslinyaAngus tidak mempunyai tanduk.
• Mereka berukuran besar dan cepat membesar.
• Lembu baka Angus tidak mempunyai tanduk.
• Baka ini seketurunan baka wagyu juga.
Brahman
• berasal dari India
• salah satu baka ternakan yang paling popular di dunia
• Mempunyai daya tahan terhadap parasit, parasit dan penyakit-penyakit biasa
• Mampu bertahan jika kekurangan makanan serta tidak memilih makanan dan juga tahan pada cuaca buruk
• Mereka mempunyai benjolan/bonggol besar di atas belakang
• tanduk yang menghala ke atas , telinga lebar dan besar dan banyak kulitnya yang berlebihan di bawah leher dan dada mereka
• mempunyai badan yang berotot
• mempunyai juga kulit yang tebal dan kendur
• kulitnya diselaputi dengan kelenjar peluh yang membuatnya seakan-akan berkilat
• Fungsi bau kelenjar peluhnya ialah dapat mengurangkan serangga mendekatinya
• Baka ini dapat menyesuaikan diri dengan iklim panas dan lembab.
Charolais
• Charolais ialah sejenis baka lembu yang berasal dari barat tengah ataupun di bahagian tenggara Perancis.
• Secara benarnya asal-usul sebenar Charolais tidak dapat diketahui, tetapi
• Pada amnya mengatakan, bahawa baka ini lembu putih pertama kali diketahui di wilayah perancis pada tahun 878 Masehi.
• Baka ini terkenal di pasar Perancis pada abad ke 16 atau 17 , di suatu tempat bernama Lyon dan Villefranche.
• lebih dikenali dengan gelaran lembu Nivemais pada suatu ketika masa dahulu, berbanding dengan nama aslinya Charolais.
• Baka ini diternak untuk pengambilan daging serta susunya.
• Banyak diternak di negara perancis yang merupakan negara pengeluar terbesar baka ini.
• Orang Perancis gemar memilih baka ini kerana mereka melihat pada ukuran bentuk badan dan berotot.
• Baka ini mempunyai tulang serta otot yang besar.
• Penternak disana lebih menekankan pada tumbesaran daging dan juga otot.
• Selepas perang dunia kedua Charolais mula mendapat permintaan ke dunia luar.
• Pada mulanya ia di bawa keluar (eksport) secara kecil-kecilan dan terus meningkat pada awal tahun 1960 an ke negara barat.
• Dan kini baka ini sudah berada di Malaysia. Baka cukup mendapat sambutan bagi penjual daging.
• Charolais pada asalnya berwarna putih dengan mulut seakan2 merah jambu dan kuku yang pudar , ia mempunyai tanduk yang pendek, serta bertubuh panjang dan lebar.
• Charolais kini juga mempunyai variasi warna hitam dan merah.
• mempunyai kepala yang pendek dan lebar, dan banyak otot yang kelihatan pada paha/badan
• Charolais baik untuk pertumbuhan dan dapat membesar secara keseragaman
• Peningkatan berat dagingnya juga cepat meningkat saban hari, jika menjaga secara baik
• Mempunyai perangai yang baik dan mudah jinak
• Dari segi kelahiran bagi betina pula sangat mudah melahirkan anak
• Sangat sesuai diternak di dalam kandang dan juga dilepaskan meragut
Limosin
• Berasal dari Barat (Massif Central) di antara Perancis Tengah dengan Barat Daya
• Limosin merupakan keturunan baka lembu yang mempunyai kekuatan dan kemampuan menyesuaikan diri secara luar biasa pada pelbagai iklim
• Merupakan haiwan penghasil daging lembu yang khusus
• digelar sebagai "tukang daging"
• baka betina limousin boleh mencecah diantara 550 sehingga 700 mengikut cara penjagaan dan peringkat umur, manakala bagi baka pejantan pula,bermula dari 700 sehingga 1000 kilogram
• Limousin ini mempunyai kepala kecil dari rata2 lembu yang lain serta leher yang pendek
• Mempunyai warna bulu/kulitnya yang merah keemasan dan warna lebih memudar di bahagian mata,perut, bahagian kaki/paha serta dubur sehingga ekornya
• Limusin juga mempunyai variasi berwarna hitam
• Kebanyakkan anak lembu baka ini berwarna kekuningan/keemasan atauoun berwarna koko coklat,warna akan lebih terang jika meningkat dewasa
• Terdapat juga baka warna hitam yang mempunyai campuran koko di bahagian kepala
• Baka ini mempunyai kurang lemak daripada baka-baka yang lain
• Bagi limousin jantan, mereka mempunyai kesuburan yang tinggi dan menjamin produktiviti pembiakkan yang sangat baik. Dan baka boleh diturunkan kepada induk betina adalah tinggi. Bermaksud kadar kesuburan yang tinggi apabila disenyawakan/mengawan ke atas lembu betina.
• Bagi baka betina, mereka senang melahirkan anak dan juga sistem penyusuan yang baik.
Lembu tempatan Malaysia/KK Cross
• lembu tempatan malaysia atau dikenali sebagai KK cross ini, sangat popular di Malaysia sejak sekian lama. lembu ini banyak berjasa di Malaysia kerana bukan dagingnya kita dapat tetapi digunakan untuk melakukan kerja pada waktu zaman dahulu seperti membajak bendang/sawah padi.
• Baka ini diternak secara meluas, di dalam bendang, ladang getah dan juga sawit.
• Daya tahan penyakit yang tinggi yang menyebabkan baka ini menjadi popular.
• Baka ini sesuai diternak pada iklim yang lembab sepanjang tahun.
• Harganya yang murah yang menyebabkan ramai pembeli membeli di musim korban.
• Pengurusannya juga tidak rumit/cerewet dari baka yang lain, tetapi kalau dibezakan dengan tumbesaran daging dengan baka yang lain, baka ini tidak berbaloi dengan cara pemberian rumput chopper atau dedak secara berterusan.
• Digalakkan membela pada padang ragut iaitu membiar ia meragut di padang, kerana ini menjimatkan kos.
• Baka ini tidak digalakkan bela di kandang seratus peratus kerana tumbesarannya yang lambat daripada baka-baka yang lain.
• Kebanyakkan berwarna koko kemerah-merahan/putih dan juga ada yang berwarna hitam.