Jenis-Jenis Kambing Boer Serta Harga Dan Ciri-Cirinya

 INFO KAMBING BOER :

kambing boer

Kambing Boer adalah :

i. Kebiasannya mempunyai badan putih dengan kepala coklat/koko. Berasal dari Afrika Selatan sebagai baka untuk daging.

ii. Perkataan Boer merujuk kepada keturunan dari bangsa Belanda yang ramai daripadanya adalah penternak yang terus menetap di negara kita.

iii. Boer sebenarnya bermaksud Kambing petani. 

iv. Kambing ini diternak oleh penternak Afrika Selatan lebih dari 100 tahun yang lalu. 

v. Ketumbuhan badan yang cepat dari segi otot dan daging.

vi. Baka ini dikenali dengan kadar penambahan berat yang cepat, otot yang besar dan kadar peranakan yang tinggi.

vii. Boer selalunya melahirkan anak melebihi dari seekor iaitu kembar ataupun 3 ekor dalam 1 ekor ibu.


Keistimewaan kambing Boer :

i. Antara kambing terbaik untuk peghasilan daging.

ii. Kebolehannya untuk menurunkan kualiti ini kepada pelapisnya/anak-anaknya.

iii. Peragutan yang lasak serta bernafsu untuk meragut

iv. Penumbuhan tumbesaran badan yang cepat dari segi otot serta daging


Harga kambing Boer :

i. Harga kambing Boer fullblood adalah disekitar RM3000-4000.

ii. Boer fullblood selalunya dibawa msuk dari Australia.

iii. Baka kambing Boer F1 pula adalah disekitar rm1000-1500.

iv. Harga ini mengikut kepada umur, saiz dan kualitinya.



BANYAK KETURUNAN KACUKAN BOER YANG DISALAHFAHAMKAN…INI ADALAH RINCIAN KACUKAN SEBENAR YANG PERLU DIFAHAMI

Ramai yang membeli binatang ternakan untuk membuat ladang penternakan tetapi tidak menyelidiki info2 tentang kambing hendak dibeli. 

Kebanyakan mereka tidak mengetahui jenis kambing yang diimport atau dibela di Malaysia. Berhati-hatilah ,mungkin kita akan tertipu oleh penjual. Kambing import untuk terus jual sahaja dan tidak digalakan untuk membela kerana dikhuatiri kambing tidak boleh sesuaikan dengan persekitaran malaysia. Kalau nak bela juga pun x ada masalah. Ambiklah anak2 yang sudah serasi dengan suhu di malaysia.

Kemudian saya nak terangkan pemilihan bagi para penternak yang pemula. ini sangatlah penting.

 Sebagai contoh, apabila kita hendak membeli kambing si penjual akan mengatakan ini kambing boer Fullblood padahal bukan, padahal Cross boer (iaitu kambing  baka boer kacuk dgn kambing baka lain), Boer ni kepala merah atau koko..itu pun payah nak jumpa yang asli. Banyak yang pecahan baka dia.

Yang ramai terkena si penjual habaq kambing ni kambing cross tapi kambing kacang. Sini saya bagi penerangan yang ringkas sahaja.


Kambing Cross Boer 

Apa-apa jenis kambing yang di kacukkan dengan spesies kambing boer. tidak kiralah kambing boer itu FB ka F1 ka dan seangkatannya.

Nak Mudah tengok telinga sahaja, lembik ke tidak. Kadar lembik itu memang kita perasan, telinga panjang dia meleleh ke bawah. kalaw telinga capang kemungkinan tepat adalah kambing kampung.

Kemudian apabila kita beli  anak CB (croos boer) ini selalunya panjang dan berisi, kiranya puas la tengok.

Yang ini sesuai bela, sebab harga x mencekik macam BOER. Dan sangat berbaloi daripada kambing kampung. Baka ini cepat membesar dan nak jual boleh harga tinggi sikit serta menarik perhatian si pembeli.


Kambing kampung

Kambing ini sangat tidak sesuai dibeli dengan kadar yang banyak kerana tidak menguntungkan dari segi tumbesaran. Memang lambat gemok tersangat2. Saya bercakap dengan pengalaman. Tapi kalau nak bela untuk permulaan bagi yang tidak pernah bela sangat digalakkan.

Kita cuba beli sepasang dahulu untuk belajar. Rate harga memang murah. Sebab apa saya galak untuk pemula sebab baka ini sangat tahan penyakit, tahan sejuk, tahan nyamuk dan tahan kutu. Memang tahan. 

Ciri-ciri dia telinga capang, badan pendek, perut memg besar, kuat makan tapi lambat besar. Ramai orang tua-tua suka sebab macam ayam kampung dengan ayam daging la. Dua2 ada keistimewaan tersendiri. Nanti saya buat jadual untuk pemilihan kambing2 bagi para newbie. Ilmu ni saya bagi free sahaja. Doakan saya sahaja. Ya ALLAH engkau murahkanlah rezeki bagi tuan pengarang ini dan bagi kesihatan keatas serta dirinya,keluarganya,saudara2nya dan guru2nya dan sekalian muslimin dan muslimat. Aminn ya Allah. Terima kasih bagi yang membaca.


Boer Fullblood (FB)  

kambing boer berasalusul dari Africa yang bakanya asli dari induk asalnya dengan makna tidak bercampur benih bersama baka kambing lain.

Kambing ini mempunyai ciri Boer yang asli kerana cepat membesar dan membiak.

Harga untuk jenis ini melebihi RM 1,500 seekor (mengikut umur serta saiz).


Boer F1 

ialah anak kambing yang lahir hasil dari perkahwinan antara Boer Fullblood (FB) dengan kambing jenis lain. Kat Malaysia harga untuk jenis ini paling kurang RM 1500 seekor (mengikut umur serta saiz).

Boer F2 

Ialah anak kambing yang lahir hasil daripada pencantumanbenih antara FB bersama Boer F1.

Boer F3 

Ialah anak kambing yang lahir hasil daripada kacukan antara FB bersama Boer F2.

Boer F4 

Ialah anak kambing yang lahir hasil daripada kacukan antara FB bersama Boer F3.

apa itu Purebreed 

purebreed bermaksud nama gelaran kepada F4 bagi jantan dan betina.


info tambahan 

Kambing Hutan/Gurun :

kambing di hutan

ialah kambing berasal  dari Kawasan pergunungan dan terdapat diserata hutan di dunia. 

Ketika orang pelayaran/pegembara lautan dari pelbagai pelusuk dunia tiba di suatu tempat pada zaman dahulu.

mereka lepaskan kambing kerana Mereka khuatiri mereka tersesat.

maka mereka melepaskan kambing ke hutan2 agar sekurang-kurangnya boleh tangkap kambing tersebut jika mereka tersesat. 

Selepas beberapa lama kemudian, kambing itu dijadikan sebagai peliharaan di ladang ternakan disini. 

Ada juga pemilik kebun yang amat luas menangkap sahaja kambing ini yg membiak liar. Jadi harga kambing ni memang murah ketika zaman dahulukala. Sekarang kambing ini dijual secara haram sehingga mencecah belasan ribu

Oleh kerana baka bercampur dengan penyesuaian kambing dengan habitat alam..lama kelamaan kambing menjadi baka yang daya tahan. Kebanyakan kambing ini dinamakan kambing hutan ataupun kambing gurun. 

Memburu kambing ini boleh didakwa oleh kerajaan kerana spesies ini dilindungi kerana diancam kepupusan.

Info Moden

laman ini membahaskankan tentang keperluan maklumat semasa yang melibatkan dengan kehidupan kita seharian

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama