CARA MEMBELA KAMBING DENGAN BETUL DAN TEPAT
Assalamualaikum…
disini saya akan kongsikan cara penjagaan kambing dengan betul bagi pemula yang mahu menimba ilmu.
INFOMODEN.COM ini disediakan secara percuma..anda boleh mengambil ilmu beserta pengalaman saya ini, secara percuma.
Penulis menyeru kepada pembaca agar berkongsi link WWW.INFOMODEN.COM di semua tempat group wasap atau apa2 group ternakan untuk berkongsi ilmu.
Supaya tidak berlaku kerugian kepada para penternak muda dan Para pemula.
Sedih, saya melihat para penternak yang baru memulakan tetapi tidak ada ilmu cukup dan kemudiannya ternakannya sakit dan lagi memilukan ternakannya Mati..para penternak baru berandaian untuk mendapat keuntungan akhirnya menjadi kerugian.
Dengan keberkatan berkongsi link di WWW.INFOMODEN.COM ini, saya doakan ternakan tuan2 dan puan2 menjadi lebih sihat serta TUAN2/PUAN2 mendapat pahala secara berterusan jika berkongsi ilmu ini.
Berkongsi lah walaupun 1 ayat manfaat, dengan asbab berkongsi WWW.INFOMODEN.COM, MENJADIKAN binatang ternakan tuan2 dan kita semua bertambah sehat DAN menjadi saham akhirat kita bersama. insha Allah..aminnnn.
Soalan : berapakah jangka umur seekor kambing secara umum ?
Jawapan :
Jangka umur seekor kambing secara umum ialah sekitar 6 hingga 10 tahun. Mengikut cara penjagaan yang betul dan mengikut kebersihan.
Soalan : APAKAH SUMBER MAKANAN UTAMA dan bagaimana cara sistem pemakanan kambing dengan betul ?
Jawapan :
1) Rumput hijau
• Kambing memerlukan padang rumput untuk memenuhi keperluan makanan mereka.
• Mereka memerlukan sekurang-kurangnya lapan jam ragut masa sehari.
• Berikan meragut selepas tengah hari atau pada waktu petang.
• Jangan sekali-kali melepaskan kambing di padang yang basah selepas hujan atau di awal2 pagi sebab ada banyak rumput yang berembun kerana ini boleh menyebabkan penyakit kembung.
• Padang rumput terbaik yang mempunyai rumput renek dan menjalar seperti selaput tunggul.
• Apabila hanya menggunakan padang rumput ragut , mestilah menggunakan sistem pusingan meragut, buat 2 atau tiga bahagian untuk meragut.
• Sistem ini bukan sahaja membolehkan padang rumput yang tidak digunakan itu, untuk tumbuh semula tetapi juga dapat mengurangkan masalah parasit.
• Sebelum memlepaskan ternakan anda ke padang rumput.
pastikan anda membuang semua tumbuh-tumbuhan yang beracun ataupun yang mempunyai getah yang banyak kepada mereka. Sikit2 tidak mengapa.
• Sekiranya tidak ada padang rumput atau mahu bela di dalam kandang sahaja, penternak boleh menanam rumput atau membeli rumput yang sudah siap diproses.
• Rumput hijau ini terdiri daripada rumput liar dan termasuk juga daripada napier atau pun batang-batang jagung yang di chopper menggunakan mesin chopper.
• Ini dijual jauh lebih murah daripada dedak,terdapat di pasaran sekitar anda sekiranya ada,
• digelar Rumput kisar hijau/ rumput chopper/dan dan ada juga silaj ( yang dicampurkan gula merah dengan jagung dan juga dedak yang lain beserta garam ) kebanyakan dibeli/digunakan ketika musim hujan.
• Selain itu penternak boleh menggunakan alternatif makanan seperti jerami padi, banyak di lakukan di negara barat dan juga syarikat ternakan besar. Ini lebih menjimatkan kerana jerami dijual dengan harga yang murah tetapi kena beli dengan kuantiti yang banyak, dan anda perlu 1 tempat yang kering untuk meletakkan nya.
• Info tambahan elakkan (mengisar/chopper) daun kelapa sawit kerana membahayakan ternakan. Seeloknya diberikan terus kepada kambing. Jangan di chopper.
2) Air yang bersih secukupnya.
• Air bersih dan segar hendak sentiasa ada di dalam kandang kambing anda.
• Jika kita tidak mampu membuat sistem paip atau kita mampu tapi untuk menjimatkan kos kita dibolehkan menggunakan bekas yang berat untuk mengelakkan tumpahan berlaku.
• Air yang cukup juga dapat mengelakkan penyakit batu karang kepada kambing.
3) Garam mineral
• Garam mineral hendaklah sentiasa ada di dalam kandang ternakan bagi menambah selera kambing terhadap rumput/lain2 lagi.
• Garam mineral sangat juga penting untuk menghadamkan sistem pemakanan harian.
• Bagi yang mahu menjimatkan kos, penternak boleh membuat tabung garam menggunakan apa2 buluh, dengan menebuk lubang kecil pada buluh kemudian masukkan garam kasar (apa2 jenis: dalam dunia ni garam bukit dengan garam laut sahaja) lalu masukkan air sahaja. Isi air pada waktu pagi dan petang sahaja. boleh cari di youube : cara buat garam buluh kambing, untuk cara membuatnya.
• Terdapat 3 jenis yang selalu penternak guna iaitu garam mineral blok (yang petak2) , garam bukit (yang bulat ketul2) dan juga garam kasar/garam dapur (yang diletakkan di dalam buluh).
4) Dedak
• memberi dedak kepada ternakan hendak dilakukan sehari sekali sahaja kerana bijirin/garam yang terdapat di dalam dedak sangat tinggi lemak sehingga boleh menyebabkan batu karang pada pundi kencing kambing,
• ketika pada musim hujan, kami tidak menggalakkan memberi dedak kepada kambing yang sihat secara sepenuhnya. Elakkan kekerapan memberi dedak sehari 3 kali selama sebulan.
• Menurut pengalaman saya, dedak diberi banyak pada waktu pulang ke kandang sahaja kerana menggalakkan kambing meragut di waktu petang maksudnya beri sedikit rumput kisar/dedak di waktu pagi. Sedikit sahaja sebagai alas perut kemudian lepas pada pukul 11 tengah hari atau selepas zohor (waktu ni embun sudah kering) biarkan meragut di padang ragut sampai petang. Kemudian memberi dedak ketika pulang.
• Sebab utama dedak/rumput di waktu pagi diberikan sedikit kerana mahu ternakan kita lapar sebentar dan anda boleh lihat kambing akan meragut rumput sebanyak2 nya di sebelah petang.
• Kalau penternak memberi dedak dengan kuantiti yang banyak di waktu pagi, ini akan menyebabkan kambing kekenyangam dan kurang meragut di sebelah petang, maka ini akan meningkatkan kos ternakan.
• Digalakkan menberi mengikut jadual,
• dengan maksud membuat rutin yang sama setiap hari contoh jika kambing keluar meragut pukul 3, maka setiap hari keluar pukul 3. Kalaw sarapan pukul 10 maka setiap hari pukul 10. Ternakan kita akan memahami waktu makannya.
Soalan : adakah boleh bertindak kasar yang melampau terhadap ternakan ?
Jawapan :
• tidak boleh kita bertindak kasar kerana boleh mendatangkan stress terhadap ternakan.
• Semasa mengurus atau membuat aktiviti yang berkaitan dengan kambing, berhati-hatilah dengan sikap perilaku anda.
• Kambing mudah berasa takut/gementar secara semula jadi dan akan berasa tidak senang jika anda berteriak/meninggikan suara atau memperlakunya dengan kasar.
• Semasa mengendalikan kambing anda, gunakan tali tali yang lebih selamat agar tidak menjerut lehernya atau yang boleh mendatang luka terhadap lehernya. Peralatan ini banyak tersedia di shoppe dan lazada dan di kedai2 ternakan.
• Sekiranya anda ingin mengubati ternakan anda, digalakkan melakukan kerja secara ramai. Tidak disyorkan berseorang, yang mana ketika memegang tanduk kambing ketika ingin mengurusnya, akan menyebab kekasaran berlaku. Jika berdua atau 3, dapat mengurangkan kekasarannya itu. Akan banyak memarahi daripada mengurusi/mengubatinya.
info penting : Cara Merawat Kambing Dengan Betul