Apa itu kambing Saanen ?.
Kambing ini dinamakan nama saintifik ialah Capra aegagrus hircus. Kambing Saanen adalah kambing domestik Switzerland.
Namanya berasal dari Sanenthal di Bernese Oberland di bahagian selatan kanton Bern di Switzerland barat.
Ciri-ciri kambing saanen ?.
i. Berat pejantan sekurang-kurangnya melebihi 65 kg mengikut umur,manakala jantina betina pula melebihi 59 kg mengikut peringkat umur.
ii. Bentuk badan baka ini tidak terlalu besar bagi jantan (sedang2 sahaja). Manakala betina pula mempunyai kantung susu yang besar dari spesies baka daging yang lain.
iii. Menghasilkan hasil susu yang tidak hamis
iv. Kambing tenusu Saanen berasal dari baka yang berbeza dari yang lain dan merupakan kambing tenusu yang paling banyak diedarkan di dunia. Mereka sangat dipuji kerana penghasilan susu, ketahanan, kemanisan, ketenangan dan keayuanya kerana memiliki warna bulu yang putih. Nampak bersih sucikan ?. Saanens berwarna putih tulen dan salah satu baka kambing tenusu terbesar di dunia.
v. Menurut fakta yang lain ,Saanen juga terdapat keturunan Switzerland yang berasal dari Sanian Valley. Ia kini menjadi baka kambing tenusu yang paling popular di banyak negara, termasuk Australia. Kiranya baka asalnya bermula di switzerland. Kemudian dipertingkatkan bakanya di australia.
vi. Saanens yang pertama, dari baka kambing tenusu yang dipertingkatkan di Australia, telah diimport buat kali pertama pada tahun 1913 oleh Kementerian Pertanian New South Wales. Itu sebabnya Saanens mempunyai jenis yang baik terdapat pada baka Australia.
vii. The Saanens Australian Descent adalah standard global dan telah mencipta banyak produksi susu rekod. Saanens telah digunakan di banyak tempat di dunia untuk memperbaiki baka tempatan.
viii. Saanen memang pengeluar susu yang banyak dan biasanya menghasilkan lemak antara 3% dan 4%.
ix. Saanen adalah haiwan tenusu khas. Saanens mempunyai ketinggian yang sederhana berbanding dengan keturunan alpine yang lain di Australia. Timbang beratnya sekurang-kurangnya 65 kg. Telinga biasanya ditunjuk ke atas atau berdiri dan kepala umumnya kecil ukurannya.
x. Baka ini sensitif terhadap cahaya matahari yang berlebihan dan kebiasaanya selesa dalam keadaan yang lebih sejuk. Penyediaan bumbung tinggi sangat penting bagi mengedarkan udara panas daripada tersimpan di dalam kandang.kandang mesti dibina di bawah pokok rendang, dagi mengelakkan haba panas yang melampau. Digalakkan menyiram atap bagi mengurangkan haba.
xi. Saanens biasanya haiwan yang sangat jinak dan jenis yang kelihatan sopan serta teratur. Spesies ini mudah jinak daripada yang lain. Ternakan ini banyak dipelopori di asia tenggara.
Adakah baka ini sesuai diternak di Malaysia?.
Iya, baka ini banyak diternak di Malaysia kerana cuaca di Malaysia beriklim panas lembab. Suhu x terlalu sejuk dan juga panas melampau.
Kebanyakkan kandangnya di bina berdekatan sungai ataupun bawah rimbunan pokok yang rendang bagi mengurangkan cahaya atau haba masuk ke kandang. Baka ini mudah menyesuaikan dengan suhu di Malaysia. Baka Saanen dan juga Jamnapri sangat popular di ternak di Malaysia malahan di Asia tenggara.
Berapakah harga pasaran bagi baka Saanen di Malaysia ?
Kebanyakan baka ini tidak terlalu mahal jika dibandingkan dengan baka pedaging yang berada di pasaran kerana baka ini hanya fokus kepada tenusu sahaja. Harga bagi seekor kambing Saanen bermula dari rm 1500 ke atas bagi setiap seekor,baka yang matang. Harga ini dilihat mengikut umur dan juga keaslian baka tersebut