Ciri-Ciri Kambing Jamnapari Beserta Harganya

 


Apakah itu kambing Jamnapari ? :

- Jamnapari atau JamunaPari adalah jenis kambing domestik India dari Uttar Pradesh. 

- Baka telah dieksport ke Indonesia, di mana ia dikenal sebagai Etawah. Ia dibesarkan untuk susu dan daging. Nama ini berasal dari Sungai Yamuna

- Jamnapari berasal dari daerah Etawan Uttar Pradesh dan dikaitkan secara khusus dengan Tehsil Chakarnagar. Ini adalah salah satu nenek moyang Anglo-Nubia.

- Di India, kebanyakkan baka sudah dikacukkan atau diupgradekan. Sukar untuk menemui baka yang asli, di Asia tenggara baka terbaik banyak didapati di indonesia. Baka ini sangat popular disana.


Apakah ciri-ciri kambing Jamnapari :

1. Terdapat 3 jenis variasi warna iaitu jamnapari putih semua atau koko/cokelat semuanya dan campuran keduanya.

2. Kepala mereka cenderung mempunyai hidung yang sangat cembung, yang memberi mereka rupa seperti burung beo.

3. Mereka mempunyai telinga berbentuk rata dan panjang. Dan panjangnya sekitar 25 cm, terjuntai ke bawah. Kedua-dua jantina ini mempunyai tanduk.

4. Mereka juga mempunyai kaki yang sangat panjang.

5. Baka ini kelihatan badan yang kelihatan kecik daripada boer tetapi mempunyai bahagian dada yang bidang. Badan tidak kelihatan bulat seperti boer. Tetapi lebih kepada sado. Kambing jantan Jamnapari mempumyai beratnya hingga 70 kg keatas apabila mencapai matang, sementara betina dapat mencapai sekitar 60 kg bergantung pada peringkat umur,baka dan cara penjagaan.

6. Selama musim sejuk, mereka menghabiskan lebih dari 80% masa mereka untuk merumput.

7.    Tahap peranakan yang sangat tinggi, hampir 90% keupayaan untuk memboleh kembar. Triplet dan quadruplet adalah perkara biasa. Umur purata bunting adalah pada umur setahun ke atas.


Berapakah penghasilan susu yang dikeluarkan :

Hasil purata penyusuan setiap hari didapati kurang dari dua kilogram. Daging jamnapari dikatakan juga berkolesterol rendah.


Berapakah harga nilai pasaran bagi seekor kambing jamnapari di Malaysia ?

harga bagi seekor kambing ini bermula sekitar rm 1600 ke atas mengikut umur dan keaslian baka tersebut


Adakah digalakkan membela kambing ini ??.

Sangat digalakkan bagi penternak membela baka jenis ini kerana penternak boleh mendapatkan 2 hasil daripada jenis baka ini iaitu hasil daging dan hasil susu yang amat menguntungkan, apatah lagi baka ini sangat cepat membesar dari segi tumbesaran. 

info tambahan :  cara memilih kambing dengan betul


Info Moden

laman ini membahaskankan tentang keperluan maklumat semasa yang melibatkan dengan kehidupan kita seharian

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama