Cara Merawat Penyakit Kambing Dengan Betul

CARA MERAWAT KAMBING BAGI PEMULA PENTERNAK. DI AMBIL DARI OTAI-OTAI PENTERNAK YANG BERPENGALAMAN.

kambing sehat

Disini disediakan ilmu tanpa membeli ebook atau perkhidmatan berbayar. hanya perlu rajin membaca dan menuntut ilmu serta berkongsi ilmu ini ke seluruh Malaysia supaya mencegah daripada kerugian kepada penternak yang mahu membela kambing. kongsilah walaupun sedikit mungkin dengan asbab anda berkongsi Allah murahkan rezeki anda dan kambing/ternakan anda sehat sentiasa.

kongsilah link www.infomoden.com kepada semua orang tidak kira di FB instagram atau di telegram.


 Penyakit yang selalu berlaku terhadap kambing.


1. Penyakit Kuku dan Mulut

a) Penyakit ini berpunca oleh sejenis virus. 

b) penyakit yang cepat dan senang merebak.

c) Boleh dijangkiti kepada semua ternakan. 

Tanda awal penyakit :

I. Selera makan ternakan anda makin menurun.

II. Kambing kelihatan demam/muram dan juga monyok.

III. Muncul gelembung-gelembung air kecil di sekitar mulut, lidah, tetek, kaki dan di celah kuku

IV. Apabila gelembung ini  pecah akan meninggalkan kudis. 

V. kambing akan mengeluarkan banyak air liur di sekitar mulut. 

VI. Ternakan berjalan dengan keadaan tempang dan jika ada di sekitar kaki ternakan, ternakan juga tidak mahu berdiri.

VII. Sangat berbahaya jika dijangkiti kepada anak-anak kambing.

Cara Perubatan moden :

Anda mestilah merujuk kepada pegawai veterinar atau pun pergi ke klinik haiwan berdekatan.

Anda dikehendaki memberi suntikan vaksin dari jenis suntikan atau pun krim sapuan kepada ternakan anda.

Cara perubatan tradisional :

Beli kunyit hidup dan garam tumbuk sehingga lumat kemudian sapu di bahagian yang mempunyai gelembung atau kudis. Kunyit jenis serbuk juga boleh digunakan.



2. Penyakit dari kuman Caseous Lymphadenitis

a) berpunca daripada sejenis kuman atau bakteria Corynebacterium ovis. 

b) la sejenis penyakit yang berbahaya (berlarutan/lama). ternakan yang menghidapinya akan muncul bisul pada tepian limpa. 

c) Punca penyakit ini adalah dari luka limpa yang telah pecah. 

d) Kuman-kuman berasal dari luka limpa ini akan masuk ke badan kambing yang lain melalui luka-luka yang berlaku setelah mencukur bulu ternakana ataupun terluka dari duri/benda2 tajam dan sebagainya.

Tanda awal penyakit :

i. Muncul bisul yang membesar di bahagian limpa tepian

ii. Kambing menjadi kurus ataupun kurang selera makan. 

iii. Jika dibiarkan kambing akan menjadi lesu dan boleh menyebabkan kematian.

Langkah awal perubatan :

Asingkan ternakan di kandang yang berlainan

Cukur bulu kambing/biri-biri

Basuh alat penyukur dengan sabun/peluntur agar membasmi kuman

Kandang selalu bersih

Cara Perubatan moden :

Sapu iodin kepada ternakan pada bahagian luka.

Cara perubatan tradisional : 

Sapu pada bahagian luka dengan hasil campuran serbuk kunyit beserta garam



3. Penyakit dari bakteria Melioidosis

a) Berpunca daripada kuman/bakteria Pseudomonas pseudomallei. 

b) la adalah sejenis penyakit yang sangat berbahaya serta boleh merebak dalam badan.

Tanda awal penyakit :

i. ternakan kelihatan seperti demam

ii. ternakan akan kurang selera makan 

iii. nafas ternakan akan kelihatan seperti lelah dan sukar bernafas.

iv. ternakan anda kerap batuk dan tidak bermaya.

v. Hidung sentiasa berhingus dan meleleh.

Langkah awal Pencegahan :

Ternakan anda perlu diasingkan.

Kandang perlu dijaga dengan bersih.

Elakkan lalat yang terlalu banyak.

Sembur kandang anda dengan pembasmi kuman atau gunakan clorox/peluntur pakaian yang boleh membasmi kuman.



4.Penyakit mata kambing :

a) Berpunca daripada perubahan kandang atau cara pemakanan sehingga menyebabkan stress kepada kambing

b) Sangat kerap berlaku bagi para pembeli yang menternak kambing

c) Senang menjangkiti ternakan yang lain.

d) Tanda awal penyakit :

e) Mata kambing kelihatan merah da berair

f) Mata kambing menjadi terbeliak, dan seakan2 mahu terkeluar

g) Kambing menjadi lemah dan lesu

h) Kurang berselera untuk makan

Cara pemcegahan dan perubatan :

Asingkan ternakan daripada ternakan yang lain.

Basuh mata kambing dengan air paip ataupun lap dengan kain basah.

Cara rawatan moden : 

Pergi klinik haiwan kemudian minta ubat sakit mata jenis spray atau pun sapu.

Cara popular dan mujarab dan tidak dikongsi oleh orang lain.

pergi farmasi kemudian minta ubat sakit mata yang manusia guna. Harga bawah rm8 sehingga 10 di klinik haiwan lebih mahal. Saya syorkan di farmasi.

Bila boleh guna dekat manusia tentu boleh untuk haiwan. Cara ini amat berkesan.

kongsi dengan orang ramai ilmu ini, beritahu mereka ilmu ini ada di www.infomoden.com. Kongsi di group2 penternak di FB insta ataupun whatsup .

Jika saya bantu anda kenapa anda tidak bantu orang lain. Biarkan pahala sebar ini berterusan.

Banyak penternak pemula tidak tahu lalu mengakibatkan kerugian dan kemurungan.



5.Penyakit popular kambing iaitu kutu :

a) Semua kambing yang diternak lepas meragut kebanyakan ada penyakit ini.

b) Pelbagai jenis ada, kutu babi (bukan dari babi sangat pun,selalu besar-besar,gelaran sahaja babi tu, tidak kena samak ), kutu halus dan saudara-saudaranya).

c) Saya katakan disini hampir semua kambing yang tidak kena suntikan ada kutu.

Tanda awal penyakit :

i. Kambing tidak larat.

ii. Kambing tidak lalu makan jika terlampau banyak.

iii. Badan menjadi kurus.

iv. Bulu menjadi rontok dan tidak sama/kusam/kering.

Cara perubatan moden : 

Suntik kambing dengan ubat tiga serangkai, ubat kurap cacing dan kutu sebab tu nama tiga serangkai. Nama ubat suntikan adalah ivermectin.

Boleh bubuh ubat titik iaitu idectin, kemudian titik di sepanjang tulang belakang.

Kemudian kandang pun juga kena vaksin, vaksin dengan serbuk asuntol, kemudian sembur ke seluruh kandang.

Cara perubatan tradisional :

Mandi kambing dengan air paip pada pukul 10 atau 11 tengah hari. Mandi dengan air paip tidak mengapa bukan air hujan. Yang boleh kembung air hujan.

Sabun dengan sabun basuh baju jika mahu berjimat. Kalau mahu mahal, guna dettol sabun ketul atau cecair.  Guna kain yang lembut kemudian gosok ke seluruh badan.

Jangan mandi melebihi 20 minit dikhuatiri kambing kesejukkan.

Jemur kambing sementara jangan terlalu lama, dia pun tahu panas kalau di jemur lama-lama.

Boleh lap dengan tuala kepada kambing jika anda mahu lakukannya.

Lakukan seminggu sekali. Tidak semua kutu hilang tetapi boleh dikurangkan. Mahu hilang seratus peratus jangan bagi ragut di padang rumput. Tidak ada istilah kambing tidak ada kutu melainkan di suntik, tidak semua orang suka kambing yang di suntik. Tetapi majoriti kambing import kena suntik.

Cara lain boleh sapu minyak ikan goreng ke tempat kutu tersebut selepas mandi apabila bulu sudah kering.



6. Penyakit kembung perut :

a) Disebabkan penukaran dedak atau padang rumput yang basah.

b) Elakkan meragut di waktu pagi ketika embun rumput masih ada.

c) Ketika itu ulat-ulat pun banyak pada daun. Apabila panas ulat sudah berlindung pada tanah ketika waktu panas.

d) Berpunca juga dari daun yang mempunyai getah yang banyak. Boleh diberi tetapi jemur ketika panas terik sehingga 4 atau 5 jam. Seeloknya tidak dalam kuantiti yang banyak.

e) Daun getah,nangka kangkung dan sebagainya. Boleh jika sikit-sikit sahaja.

Tanda awal penyakit :

i. Perut kambing kelihatan membesar dan kambing rajin megembek kesakitan.

ii. Kambing tidak bermaya.

iii. Jangan dibiarkan terlalu lama kembung.

Cara perawatan moden :

Pergi ke klinik haiwan atau pejabat veterinar dan tanyakan ubatnya.

Selalu diberi serbuk bacuhan.

Boleh di berikan ubat minuman yang manusia guna ketika sakit perut. Seperti pill chi ki ti aun ataupun ino yang sakit perut yang popular di malaysia.

Cara perawatan tradisional :

Ambil paip timbang air yang digunakan oleh tukang rumah.

Boleh di dapati di hardware dan kedai barang tukang rumah.

Beli dalam 1 depa dan bayar.

Masukkan paip memlalui mulut kambing secara perlahan-lahan sehigga perut kambing.

Angin kembung tersebut akan keluar melalui paip itu.

Tidak digalakkan bagi yang tidak berpengalaman dikhuatiri kesian kepada kambing.

Mulakan dengan berdoa agar setiap usaha kita diberkati Allah. Kita hanya usaha, usaha dan ubat hanya asbab. Dan Allah jua lah yang meyembuhkan. Insha Allah menjadi semua perubatan di atas.

SEMOGA BERMANFAAT BERSAMA


Info Moden

laman ini membahaskankan tentang keperluan maklumat semasa yang melibatkan dengan kehidupan kita seharian

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama