DISINI SAYA MENJELASKAN CARA MEMILIH KAMBING ADA DI BAHAGIAN BAWAH SEKALI. DAN MEMULAI TAJUK TENTANG AQIQAH PADA BAHAGIAN AWAL KERANA KAMBING UNTUK AQIQAH DI PILIH DENGAN KAMBING YANG TERBAIK, maka tajuk pemilihan kambing ini di bawah tajuk aqiqah.
Soalan : Apakah yang dimaksudkan dengan Aqiqah
Jawapan : Aqiqah adalah perbuatan menyembelih seekor haiwan semasa kelahiran anak.
Soalan : Bilakah sunnat dilakukan aqiqah
Jawapan : sunnah ini sunnat dilakukan pada hari 7 kelahiran anak. Sekiranya tidak dapat melakukannya, seseorang boleh menyembelih pada hari ke 14 , atau hari 21 . Atau pada hari berikutnya pada setiap hari ketujuh di hadapan sehingga anak mencapai baligh (baligh)., bila ada kesempatan, tidak wajib pun. Apabila anak itu dewasa pun masih boleh.
Soalan : Apakah hukum aqiqah
Jawapan : Hukum Aqiqah ialah sunnah muakkad (sunnah yang sangat dituntut untuk dilakukan) bagi mereka yang mampu memlakukannya.
Soalan : Berapakah kadar kambing yang perlu disembelih bagi seorang anak
Jawapan : Bagi anak lelaki 1 ekor kambing. (afdalnya 2 ekor)
Bagi anak perempuan 1 ekor kambing sahaja.
Apakah Syarat bagi Haiwan untuk Aqiqah
Binatang seperti kambing , tersebut hendaklah sempurna secara fizikal.
Dan mestilah cukup umur
Soalan : Macam mana nak tahu , kambing itu cukup umur.
Jawapan : boleh tanya si penjual, saya datang mahu cari kambing aqiqah. Nanti dia habaq la…
Hehehe..nak tahu macam mana boleh buka mulut kambing tgok kedudukan gigi dia..
Soalan : Macam mana nak dapat kambing aqiqah terbaik
Jawapan : kambing yang sehat dan bersih. Biasanya harganya mahal sekitar rm1200 sehingga 1500 per ekor.
Ciri-ciri kambing yang sehat :
Mata yang Sehat
Kambing yang sehat dapat dilihat melalui bahagian matanya, jika matanya bulat dan terbuka maka ianya sehat dan jika matanya merah atau tidak mampu buka maknanya sakit .
Bahagian atas/belakang Punggungnya yang Besar
Kambing yang sehat kebanyakkan memiliki bahagian belakangnya yang besar..tidak menimbulkan tulang, sekali kita pandang. Kita dapat membezakan kurus atau gemok. Jika bahagian belakangnya besar maka isi kambing kemungkinan banyak. Kalau mahu buat aqiqah pilihlah kambing yang sehat.
Beli kambing yang hidup
Sekiranya kita tidak pandai sembelih.. kita mestilah melihat kambing ketika aktiviti penyembelihan.
Takut terjadinya penipuan.
Melihat bulu pada kambing
Sekiranya bulunya kelihatan rontok ataupun kering yang melampau tidak digalakan membeli kambing itu. Dikhuatiri tidak sehat. Memg tidak sehat pun hehe.
Kuku yang sehat
Anda boleh melihat kambing itu berjalan, jika kakinya melangkah dengan elok maka kukunya sehat.
Kalau jalan tercungap-cungap maka ada something yang tak kena la…
Berapakah harga yang sempadan
Harga sebenarnya mengikut pada berat kambing, ada setengah kambing harga mahal kerana baka besar maka daging pun banyak..dan auto mahal harganya.. paling murah boleh dapat pada tahun 2021 rm950 sehat dan besar..paling mahal kebiasaanya rm1500.. lagi mahal ada lagi, saya bagi harga standart punya la. seekor 7k 8k pun ada.