Cara Membela Kambing Sehingga Berjaya

 

anak kambing

Cara membela kambing sehingga berjaya.

Pada peringkat awal, kaedah atau teknik untuk membela kambing melibatkan banyak proses yang mudah. 

Terdapat 6 perkara penting sebelum memulakan aktiviti ternakan kambing.


1. Menyediakan kawasan untuk membela.

Sekiranya bagi orang kampung, saya sangat mengesyorkan untuk membela kerana tidak ada banyak ganguan berbanding rumah taman (almaklumlah tamankan kawasan terhad, kawasan kejirananlah dan macam2 lagi,tapi da ja orang bela,risiko sikit lah ,jangan risau ada cara untuk bela jugak,kita guna sistem pawah klik disini) bagi kawasan untuk membela tidak perlu luas bagi yang menternak secara kecil-kecilan.

Pada fasa pertama eloklah membela sikit2 jangan ambik risiko untuk membela sampai puluh2 ekor, mula2 biarlah 3 atau 4 ekor ja. Cari pengalaman dahulu, tengok ragam jenis penyakit apa duluuu. Klaw ada ilmu x apa la. Kawasan di dalam kebun getah sawit apa, jadi sesuai la sebab ada pokok2 nak belindung panas. Kambing pun tak la tension.


2. Sediakan pelan kandang mengikut bajet.

Banyak cara untuk kita kurangkan kos, mari saya habaq sikit (amboi terrselit cakap utaghar sikit) maklomlah orang kedah hahaha. ok2 sambung sembang balik. Kalau bab bina2 saya ada jugak lah kemahiran sikit2. Jadi saya buat sendiri. Disini saya nak tekankan tentang kayu yang hendak buat kandang atas. Kalau mahu beli dengan kayu kadar yang banyak eloklah cari terus ke kilang kayu. Servis2 tanya harga kayu. Kayu memang harga mahal dari besi pada tahun 2020. Tapi baru2 ni saya dengar besi pun naik harga dari asal rm16 sebatang lani rm32 seratus percen naik cek oii,harap kerajaan pantau isu ini. Harga kayu deret kilang umpama boleh buat murah 2 3x ganda dari beli dekat hardware. Servis dulu tanya, kena rajin kalaw x macamna nak bela kambing nanti. Disini pun dah baloq liat (malas). Kalau nak jimat kos lagi pacak tiang buh atap ja. Pastu hampa kena rajin menyapu najis kambing lah. Harga kos sekitar satu ribu hingga 2 ribu. Kalau bina sendiri dan barang kita beli. Harga ratus2 pun boleh tapi kecik sikit lah. Ikut bajet. Boleh bincang dengan tukang bina nanti.


3. Persediakan rumput bagi ternakan.

Iyakan lah. Nak bela kambing mesti bagi makan. Bukan buru kambing,yang ni kena masuk hutan. Salah lani nak buru kambing hutan2 ni hehe. Kalau nak elok, tanamlah rumput. Lani pebagai rumput ada yang kita boleh tanam klik sini.

Pelet atau dedak juga boleh diberikan disebelah petang kepada ternakan


4. Pemilihan baka kambing.


Bela secara permulaan : baka kampung yang saya syorkan kerana disinilah kita belajar selok belok penternakan. Seeloknya ambil baka kampung cross. Cros boer ka jamnapari ka cross ni kira kacuk lah. Bapak boer ibu kampung tempatan dapat lah kambing kampung cross boer.


Bela secara serius : baka boer bagi kambing pedaging dan baka saneen bagi jenis pengeluar susu dan baka jamnapari baki kedua duanya. Hahaha macam2 kan jenis baka untuk jenis-jenis baka kambing. Kalaw mahu maklumat tentang kambing boer secara detail Klik disini

Oleh itu, baka apa yang paling sesuai untuk pembiakan di negara kita? Cara terbaik untuk membela kambing adalah kembali ke tujuan pembiakan anda.



5. Kenali jenis penyakit kambing dan cara merawatnya.

Ilmu untuk merawat penyakit ni secara mudah jarang di kongsikan. 

Terdapat 2 jenis rawatan iaitu secara tradisional dan juga secara moden maka disinilah kita boleh pilih cara rawatan. 

Setengah orang tidak mahu yang jenis cucuk-cucuk ni. Sebab itu lah beza kambing tempatan yang dibela secara kampung. Jenis suntikan ni jarang bagi penternak kampung. 

Semua ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. 

Klik sini bagi yang mahu info percuma tentang rawatan sepenuhnya. Saya berkongsi setakat yang mampu dan sempat sahaja. Komenlah pada idea pada ruang komen jika mahu info2 selanjutnya. 

info tambahan : antara cara-cara merawat kambing sila baca disini Cara merawat kambing dengan betul


6. Melakukan pemasaran dengan cara yang tepat dan cepat.

Seperti yang kita tahu, setiap pertanian ada penuaiannya, begitu juga lah umur kita. Setiap nyawa ada pengakhirannya. Maka berdoalah kepada Allah selalu, agar kita mati dalam keadaan husnulkhatiamah/penghujung yang baik (hehe tazkirah sikit). Sambung2 maksud asal, Setiap penternakan ada tempoh matangnya. Maka kita perlu menjual apa bila ternakan sampai tempoh matang, jangan simpan kalau tidak mahu dijadikan sebagai induk sambungan. Induk sambungan selalu kambing betina amat di galakkan kerana memberi hasil. Yang induk jantan jangan simpan banyak kerana seekor jantan boleh mengawan sehingga 15 ekor keatas, buat apa simpan banyak2 jantan sebab memberikan kos bagi penternak. Apabila umur mencapai had matang maka kambing tidak meningkat berat badannya. Khas untuk bagi penternak yang besar. Asal barang jadi duit, jual sahaja mengikut kadar margin yang betul. Almaklumlah harga dedak makin2 memeningkan. Sebab itu digalakkan membela mengikut sistem yang tepat.


Antara platform yang sesuai ialah di insta, mudah.com, facebook, youtube(buat video pendek) dan juga di website. Rata-rata promote ternakan dilakukan  di platform facebook, group2 wasap dan di mudah.com.


Info Moden

laman ini membahaskankan tentang keperluan maklumat semasa yang melibatkan dengan kehidupan kita seharian

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama