Itik merupakan sejenis binatang yang berketurunan burung yang terdapat di sungai air tawar atau pun di laut . Terdapat pelbagai jenis itik yang berada di alam hijau ini. Seperti yang kita ketahui itik merupakan hidupan akuatik yang selalu berada di kawasan air,selalunya bersaiz kecil dari saudaranya iaitu angsa. Sejak akhir2 ini, dunia semakin moden, serta sistem kacukan baka itik juga semakin ke arah sistem kacukan bagi mendapatkan baka itik yang terbaik. Di sini terdapat 5 ranking itik paling popular di dunia.
Itik daging/penelur ranking kelima dunia :
ITIK ROUEN
i. Baka ini berasal dari Perancis.
ii. Mempunyai saiz kepala yang sedikit besar.
iii. Mempunyai paruh panjang serta lebar.
iv. Postur dan bentuk tubuh yang lebar.
v. Bulu sayap berwarna kelabu.
vi. Mempunyai bulu ekor, kepala dan leher berwarna hijau. Selalunya dikenali sebagai kepala hijau.
vii. Paruh bagi pejantan berwarna merah terang dan hitam hijau.
viii. Paruh itik betina menjadi oren terang dengan bintik-bintik kehitaman.
ix. bertelur kira-kira 90 sehingga 120 telur setiap tahun.
x. Itik jantan dewasa mempunyai berat sekitar 4 kilo sehingga 5 kg dan itik betina seberat 3kilo sehingga 4 kilogram.
Itik daging/penelur ranking ke empat dunia :
ITIK AYLESBURY
a) Sesuai diternak di halaman belakang rumah
b) Baka ini menghasilkan daging lembut dan mempunyai bau daging yang enak .
c) Baka ini mudah dibiakkan dan mempunyai anak yang tahan lasak serta tahan penyakit.
d) Memerlukan masa, anggaran 8 hingga 10 minggu untuk baka ini mencapai berat matang dan menghasilkan daging yang banyak.
e) Memerlukan kolam air bagi menternak itik ini.
f) Rajin mencari makan.
g) Tahan penyakit dan suhu.
Itik daging/penelur ranking ketiga popular :
ITIK MASCOVY
itik mascovy jantan |
i. Baka Itik ini berasal dari Amerika Selatan dan mereka mempunyai banyak varian.
ii. Terdapat banyak bintik-bintik merah di sekitar mata mereka.
iii. Mereka bertelur sekitar seratus hingga seratus telur per tahunan.
iv. Itik jantan dewasa mempunyai berat sekitar lima kg dan betina empat kilo sahaja.
v. Baka ini pandai menjaga anaknya.
vi. Baka ini mempunyai bentuk badan besar, panjang dan lebar.
vii. Variasi warna bulu bercampur ialah hitam dan putih.
viii. Lebih senyap daripada itik yang lain.
itik mascovy betina |
ix. Baka ini ,Juga dikenali sebagai itik Barbary
x. mempunyai lemak yang kurang tetapi mempunyai rasa/bau yang kasar.
xi. Sebilangan baka yang diternak/dipolopori diambil dari baka itik ini.
xii. Baka ini mempunyai kira-kira 80 peratus daging tanpa lemak,
xiii. Baka ini menjadikannya menu pilihan protein yang sangat sihat.
xiv. Baik bagi ahli bina badan.
xv. Baka ini sangat senang diternak dan jarang membuat bunyi bising.
xvi. sangat popular di malaysia dan asia tenggara bahkan serata dunia.
Itik daging/penelur ranking kedua popular :
ITIK MOULARD
mascoby + pekin = moulard |
i. Dikenali juga dengan nama itik Mule/Magret/Moulard. Merupakan gabungan antara itik mascoby jantan dengan itik pekin betina.
ii. Diternak di kawasan lapang atau pun padang rumput.
iii. Daging mempunyai rasa yang lebih kasar daripada itik top 1 iaitu itik pekin.
iv. Lebih banyak lemak daripada itik yang lain.
v. Makanannya untuk tumbesaran merangkumi jagung atau soya atau sisa makanan/hasil lebihan nasi.
vi. Elakkan memberi tekanan pada itik ini, biarkan hidup di kawasan lapang.
vii. Tidak digalakan kurung di dalam sangkar/reban
viii. Sediakan tempat mandiannya.
Itik daging/penelur ranking pertama :
ITIK PEKIN
i. Itik pekin adalah salah satu baka itik daging yang sangat produktif yang berasal dari negara China
ii. ia dikenali dengan nama American Pekins kerana Kebanyakkan baka ini yang dibiakkan secara komersial yang paling popular di Amerika Syarikat.
iii. Bulunya berwarna putih dan mata dan paruhnya berwarna kuning.
iv. Itik ini mudah membesar dengan cepat dan menghasilkan daging berwarna hitam.
v. Itik ini boleh membesar sehingga beratnya mencapai 3 ke 4.5 kg dalam masa dua 3 bulan.
vi. Bertelur antara 200 hingga 300 telur besar setiap sekor per tahunan.
vii. Kebanyakkan itik ini tidak menjaga anaknya. Hanya pandai bertelur sahaja.