8 Jenis Baka Kambing Di Malaysia

 JENIS BAKA KAMBING YANG TERDAPAT DI MALAYSIA

Terdapat 3 jenis hasil utama yang dikeluarkan kambing :


 1.DAGING

Kambing yang mempunyai badan yang lebih padat tetapi kantung susu yang lebih kecil. Penternak membela kerana mengutamakan untuk mendapatkan berat timbangan daging bagi hasil jualannya apabila mencapai umur matang.

2.SUSU

Kambing yang mempunyai badan yang sederhana tetapi mempunyai kantung susu yang besar seperti contohnya dibawah. Penternak mengutamakan hasil susu tetapi boleh dijual dagingnya apabila hasil susu mulai berkurangan.

3.BULU

Kebanyakan penternak di Malaysia tidak mempelopori hasil ini disebabkan tidak mendapat permintaan tinggi kerana musim cuaca di Malaysia beriklim khatulistiwa iaitu panas dan lembab sepanjang tahun. Jarang kita melihat orang di Malaysia memakai baju sejuk dimalam hari malahan lagi di siang hari. Kebanyakan kambing jenis biri-biri sahaja yang menghasilkan bulu yang banyak.



KAMBING JENIS PEDAGING :

BAKA BOER :

kambing boer

Ciri-ciri baka boer adalah seperti berikut:

i. Mempunyai warna badan yang putih dan bulu kepala yang merah.

ii. Mempunyai  bentuk telinga yang pendulous dan sedikit labuh kebawah.

iii. Memiliki kadar tumbesaran yang lebih besar daripada baka yang lain.

iv. Mempunyai kadar kelahiran yang tinggi serta mudah untuk mendapat anak kembar malahan boleh mencecah 3 kandungan dalam 1 perut induk betina.

v. Merupakan kambing yang digelar kambing Pedaging/petani/peladang kerana hasil tumbesaran badan yang amat memberangsangkan..

vi. Diternak baka boer ini bermula di Afrika Selatan pada awal 1900

vii. Dikenali boer ini juga sebagai “Africander”atau “Afrikaner”dan “South ~African common goat”

viii. Berasal hasil dari kacukan antara baka Namaqua Bushmen bersama dengan Bantu

ix. Antara baka kambing yang paling popular di dunia

x. Kambing boer ini mempunyai daya tahan penyakit serta sesuai dalam pelbagai cuaca.

xi. Mempunyai analisis kadar kelahiran :160 %

xii. Apabila mencapai umur matang. Berat dewasa jantan boleh mencecah 110kg sehingga 135 kg.

xiii. Dan Berat dewasa betina pula bermula 90kg sehingga 100 kg

xiv. Mengikut kajian kadar pertambahan berat badan Boer boleh meningkat sebanyak 200 gram/hari.



BAKA CASHMERE :

kambing cashmere

Ciri-ciri baka cashmere adalah seperti berikut:

i. Kebanyakan diternak di Iraq,Iran,Turki, dan Afghanistan serta China.

ii. Mempunyai bulu yang berwarna putih serta berjurai-jurai.

iii. Baka ini sangat mudah dipelihara dan mempunyai daya tahan terhadap penyakit.

iv. Setiap tahun bulunya dicukur sebanyak 1 kali.

v. Baka ini banyak diternak di USA bermula pada tahun 1980.

vi. Merupakan baka yang di import dari Australia.



BAKA KATJANG :

katjang

Ciri-ciri baka katjang adalah seperti berikut:

i. Memiliki struktur badan kecil serta pendek dan mempunyai tanduk melentur ke atas dan ke belakang.

ii. Mempunyai telinga tegak ke menghala ke sisi.

iii. Mempunyai janggut pada kambing jantan.

iv. Kebiasaanya baka ini berwarna hitam ataupun coklat.

v. Tahan lasak serta sesuai dengan cuaca di Malaysia.

vi. Sangat tahan pada penyakit serta mepunyai daya tahan terhap kutu serta nyamuk.

vii. Dikenali sebagai kambing kampung.

viii. Kadar kelahiran yang mudah

ix. Kebanyakan diternak di dalam ladang getah dan juga sawit.

x. Sesuai di bela untuk penternak yang mahu belajar menternak.

xi. Kebanyakan di ternak di asia tenggara.



BAKA SAANEN :

kambing saanen

Ciri-ciri baka saanen adalah seperti berikut:

i. Majoriti baka ini mempunyai bulu berwarna putih.

ii. Mempunyai titik hitam pada kawasan hidung dan juga telinga.Terdapat kelenjar susu/kekacang dibawah telinga/leher.

iii. Bentuk badan yang sederhana serta ekor yang pendek dan nipis.

iv. Mempunyai telinga yang tegak dan mengarah ke depan.

v. Muka yang berbentuk segitiga dan hidungnya yang lurus.

vi. Diternak untuk mendapatkan hasil susu dan di ambil hasil daging apabila umur mencapai hayat matang.

vii. Sangat sensitif dengan cahaya dan berasal dari Lembah Saanen, bahagian Barat Switzerland


info penting :  BIODATA SAANEN LENGKAP



BAKA TOGGENBURG :

kambing toggenburg

Ciri-ciri baka Toggenburg adalah seperti berikut:

i. Baka ini berasal dari Toggenburg Valley terletak di Switzerland.

ii. Mempunyai telinga serta kaki belakang yang berwarna putih atau badan berwarna dari cokelat kekuninggan ke cokelat gelap. 

iii. Memiliki saiz lebih kecil dari baka Alpine.

iv. Mempunyai daya tahan terhadap penyakit dan sesuai diternak di kawasan yang beriklim sejuk.



BAKA ALPINE :

kambing alpine

Ciri-ciri baka Alpine adalah seperti berikut :

i. Baka ini berasal dari pergunungan alpine terletak di switzerland.

ii. Memiliki susuk tubuh yang kekar dan padat kerana aktif di batuan dan pergunungan.

iii. Kebanyakan berwarna koko/coklat dan tanduk yang panjang.

iv. Memiliki telinga menegak dan mengarah ke depan.

v. Setiap negara yang menternak baka ini akan menambah gelaran di belakang iaitu Itali Alpine,British Alpine dan Perancis Alpine.

BACA : cara membela kambing sehingga berjaya


BAKA ANGLO-NUBIAN :

kambing anglo

Ciri-ciri baka Angko-nubian adalah seperti berikut :

i. Baka ini mempunyai warna bulu yang hitam,putih dan cokelat/koko atau pun campuran warna yang demikian.

ii. Mempunyai rangka badan yang tinngi dan telinga yang lebar yang jatuh ke bawah.

iii. Mempunyai kantung susu yang besar.

iv. Baka ini sesuai diternak untuk pengeluaran susu.

v. Berasal dari wilayah Nubian di india.

vi. Baka ini dipelopori di Mesir,Abessinia dan Afrika selatan.



BAKA JAMNAPARI :

kambing jamnapari

Ciri-ciri baka Jamnapari adalah seperti berikut :

i. Baka ini memiliki muka yang cembung (Roman Nosed).

ii. Mempunyai bulu lebat di bahagian punggung serta bentuk badan yang panjang seakan2 nipis tetapi mempunyai bahagian dada yang kekar/bidang.

iii. Bentuk telinga yang panjang serta melampai ke bawah

iv. Antara baka yang diternak untuk pengeluaran susu serta daging.

v. Sebanyak 1 – 3 liter susu diperolehi dari seekor induk betina,

vi. Pengeluran susu boleh diambil sehingga 180+ hari/musim.

vii. Mempunyai ketinggian sehingga 1 meter dan panjang 1.3 meter.

viii. Salah 1 baka yang paling popular di Asia tenggara.

ix. Kambing dewasa boleh mencecah melebihi 90kg dan betina melebihi 60kg.

info penting : BIODATA JAMNAPARI LENGKAP


Info Moden

laman ini membahaskankan tentang keperluan maklumat semasa yang melibatkan dengan kehidupan kita seharian

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama